Akibat ubat nyamuk, lelaki dipukul anak saudara - EDISI SIASAT

Akibat ubat nyamuk, lelaki dipukul anak saudara

Read Time:1 Minute, 30 Second

Akibat ubat nyamuk, lelaki dipukul anak saudara

Akibat ubat nyamuk, lelaki dipukul anak saudara

KOTA BHARU: Hanya disebabkan menegur kerana mengambil ubat nyamuk tanpa kebenaran, seorang lelaki parah dipukul di kepala oleh anak saudaranya menggunakan sebatang kayu dalam kejadian di Kampung Tempoyak, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa yang berusia 55 tahun sempat berlari ke rumah adiknya di kampung yang sama dalam keadaan berlumuran darah untuk memaklumkan kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata, mangsa yang juga duda tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, suspek berusia 30 tahun yang juga tinggal di kampung berkenaan datang ke rumah mangsa sebelum mengambil sekotak ubat nyamuk tanpa kebenaran.

“Mangsa kemudiannya menegur suspek yang didakwa sering mengambil barangnya tanpa keizinan menyebabkan suspek berang dan terus memukul mangsa di kepala menggunakan sebatang kayu, sebelum melarikan diri.

“Mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terus menuju ke rumah adiknya memaklumkan dia dipukul oleh anak saudaranya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya sudah menahan suspek jam 8.45 pagi tadi di tepi sungai di kampung yang sama.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan direman empat hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Akibat ubat nyamuk, lelaki dipukul anak saudara


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply