PRN Melaka: Kehidupan Rakyat Menjadi Keutamaan Kepada Calon BN/MIC N07 DUN Gadek - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Kehidupan Rakyat Menjadi Keutamaan Kepada Calon BN/MIC N07 DUN Gadek

Read Time:3 Minute, 18 Second

PRN Melaka: Kehidupan Rakyat Menjadi Keutamaan Kepada Calon BN/MIC N07 DUN Gadek

Penduduk di Gadek, Melaka pernah dikejutkan apabila G Saminathan yang menjadi ADUN Gadek ketika itu telah ditangkap kerana penglibatan beliau dengan kumpulan pengganas LTTE.

Ibarat harapkan pegar tetapi pegar makan padi.

Ahli Dewan Undangan Negeri adalah kumpulan legislatif yang merangka dasar dan menggubal undang undang di peringkat negeri sepatutnya adalah seorang yang sangat menghormati prinsip Kedaulatan Undang Undang.

Tetapi bayangkan, aib dan kekecewaan penduduk Gadek apabila pemimpin mereka ditangkap kerana penglibatan dengan kumpulan pengganas yang telah diisytiharkan di peringkat dunia, ahli mereka mesti diperangi.

PRN Melaka 2021 adalah ibarat peluang kedua bagi pengundi DUN Gadek memilih pemimpin yang lebih baik dan bertanggungjawab.

VP Shanmugam, calon dari BN/MIC merupakan pilihan terbaik kepada pengundi Gadek untuk diberikan mandat.

Shanmugam mempunyai misi dan visi yang cukup jelas untuk membangunkan DUN Gadek.

Dalam membangunkan ekonomi penduduk tempatan, Shanmugam bercadang untuk menubuhkan koperasi untuk memperkasakan sektor pertanian di DUN Gadek.

Menurut Shanmugam, di kawasan Gadek, terdapat banyak tanah yang terbiar dan aktiviti pertanian secara berkelompok boleh dijalankan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah yang terbiar itu.


Disyorkan Untuk Anda :


“Kita boleh kumpulkan minimum 50 orang terutama golongan belia untuk menubuhkan koperasi ini”.

“Selepas koperasi ditubuhkan, lebih mudah untuk kita memohon bantuan kerajaan terutama geran sekali beri (one-off grant) yang disediakan oleh kerajaan untuk memulakan aktiviti pertanian”.

“Kerajaan menyediakan kemudahan geran sekali beri ini bagi membolehkan mana-mana pihak supaya mereka boleh membangunkan diri sendiri dan orang lain tetapi harus diingat geran ini perlu diuruskan dengan betul dan ia mesti mempunyai satu kepimpinan yang baik,” katanya.

Kepada penduduk yang mempunyai minat untuk berniaga, Shanmugam mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan Air Panas Gadek untuk dijadikan pusat pelancongan bagi membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Kita boleh bangunkan kolam air panas ini seperti ‘nightlife’ Jonker Walk (di Banda Hilir)”.

“Usahawan boleh membuka gerai pada waktu malam”.

“Dulu-dulu di Melaka ada gerai yang buka meja kecil, ada mi, nasi goreng, mihun goreng, kita duduk bersila dan bayar apa yang dimakan”.

“Kalau kita boleh buat macam itu, pendapatan orang Gadek boleh dinaikkan tapi semua ini perlu dilakukan secara serius dan mempunyai pemimpin yang baik,” katanya.

Menurut Shanmugam lagi, rumah adalah keperluan asas yang paling penting bagi sesebuah keluarga.


Disyorkan Untuk Anda :


Namun, dalam keadaan sekarang tidak semua keluarga mampu memiliki rumah sendiri, apatah lagi banyak projek perumahan hanya menawarkan rumah yang berharga tinggi.

“Golongan berpendapatan rendah mungkin hanya mampu membeli rumah Mesra Rakyat berharga RM42,000 dan golongan pertengahan pula dengan Rumah PR1MA yang diberi subsidi sebanyak RM180,000 oleh kerajaan”.

“Saya akan cuba bawa kemudahan-kemudahan ini ke DUN Gadek bagi menyelesaikan masalah perumahan di sana,” katanya.

Bagi Edisi Siasat, penduduk di Gadek sangat bernasib baik kerana diberikan peluang kedua untuk memilih pemimpin yang benar-benar meletakkan rakyat sebagai keutamaan kepimpinannya.

Pemimpin yang baik, mestilah ditunjangi oleh parti politik yang baik dan telah terbukti rekod perkhidmatannya kepada rakyat.

Barisan Nasional telah membuktikan perkhidmatan yang cemerlang selama lebih 6 dekad di Malaysia.

Inilah masanya pengundi DUN Gadek memberikan mandat kepada Shanmugam, pemimpin yang mengutamakan rakyat dan ditunjangi oleh Barisan Nasional, parti yang telah terbukti kecemerlangannya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan negara.

PRN Melaka: Kehidupan Rakyat Menjadi Keutamaan Kepada Calon BN/MIC N07 DUN Gadek


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Calon BN/UMNO Di DUN Asahan Bakal Menjadi ‘Giant Killer’

Share

Leave a Reply