PRN Melaka: Calon BN Ngwe Hee Sem Kesal Pakatan Harapan Perdaya Rakyat Hanya Kerana Mahu Kuasa - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Calon BN Ngwe Hee Sem Kesal Pakatan Harapan Perdaya Rakyat Hanya Kerana Mahu Kuasa

Read Time:1 Minute, 39 Second

PRN Melaka: Calon BN Ngwe Hee Sem Kesal Pakatan Harapan Perdaya Rakyat Hanya Kerana Mahu Kuasa

Calon Barisan Nasional untuk DUN Machap Jaya N08, Ngwe Hee Sem, kesal kerana Pakatan Harapan tanpa mengambilkira implikasi kepada rakyat, telah menaburkan janji-janji manis yang mereka tahu mereka tidak akan mampu untuk tunaikan hanya kerana semata-mata mereka inginkan kuasa.

Mengulas mengenai perkara itu, Hee Sem memaklumkan kepada pihak Edisi Siasat, antara janji-janji yang diberikan oleh mantan ADUN PH/PKR Machap Jaya, Ginie Lim, adalah untuk membuka peluang perkerjaan di sektor kerajaan kepada anak-anak muda.

Menurut Hee Sem, janji yang pasti tidak akan dilupakan oleh generasi pertama peneroka Felda dan generasi kedua peneroka Felda ialah apabila Ginie berjanji semua generasi kedua Felda akan diberikan sebidang tanah sekiranya beliau mendapat mandat di DUN Machap Jaya.

Namun, selepas Ginie diberikan mandat, janji hanya tinggal janji dan sehingga ke hari ini, tanah yang dikatakan akan dimiliki oleh generasi kedua Felda masih jauh dari genggaman.

Hee Sem juga memaklumkan, semasa berkempen ketika PRU 14, Pakatan Harapan juga berjanji kepada semua rakyat Melaka, sekiranya mereka mendapat mandat, mereka akan memberikan perkhidmatan bas percuma ke seluruh negeri.

Beliau juga berazam akan cuba bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah kepada generasi kedua Felda, sekiranya diberikan mandat.

Hee Sem juga percaya, sekiranya beliau berusaha dan mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi, beliau akan dapat membantu masalah pemilikan tanah kepada generasi kedua Felda.

PRN Melaka: Calon BN Ngwe Hee Sem Kesal Pakatan Harapan Perdaya Rakyat Hanya Kerana Mahu Kuasa


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Video Palsu Sudah Sedia Untuk Di Tularkan Sebagai Serangan Terakhir Ke Atas BN

Share

Leave a Reply