PRN Melaka: Video Palsu Sudah Sedia Untuk Di Tularkan Sebagai Serangan Terakhir Ke Atas BN - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Video Palsu Sudah Sedia Untuk Di Tularkan Sebagai Serangan Terakhir Ke Atas BN

Read Time:1 Minute, 18 Second

 

PRN Melaka: Video Palsu Sudah Sedia Untuk Di Tularkan Sebagai Serangan Terakhir Ke Atas BN

Agak terkejut, namun tidak menghairankan bila pihak Edisi Siasat dimaklumkan satu video palsu sudah sedia untuk ditularkan sebagai serangan terakhir ke atas Barisan Nasional.

Menurut maklumat yang pihak Edisi Siasat terima, sasaran video tersebut ialah seorang pemimpin kanan BN yang turut menjadi calon dalam PRN Melaka 2021.

Kandungan video palsu tersebut dikatakan mengenai aksi lucah yang kononnya dilakukan oleh pemimpin kanan BN tersebut.

Pihak Edisi Siasat difahamkan, beberapa individu yang mempunyai kepakaran dalam teknologi audio video telah dibayar dengan upah yang sangat tinggi untuk menyediakan video palsu tersebut.

Penyediaan video palsu tersebut juga menggunakan peralatan yang canggih dengan teknologi terkini supaya ianya kelihatan seperti rakaman sebenar.

Pihak Edisi Siasat melihat strategi jijik yang digunakan ini sebagai satu tindakan terdesak menjelang PRN Melaka 2021 selepas laporan di lapangan memaklumkan BN sudah hampir pasti memenangi sekurang-kurangnya 18 kerusi ADUN Melaka.

Fitnah sememangnya sudah sinonim dengan mereka, namun pihak Edisi Siasat yakin, pengundi di Melaka tidak akan terpedaya kali kedua sebagaimana yang berlaku ketika PRU 14.

PRN Melaka: Video Palsu Sudah Sedia Untuk Di Tularkan Sebagai Serangan Terakhir Ke Atas BN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Penduduk Durian Tunggal Dedahkan Tembelang Sofi Wahab (Bahagian 2)

 

Share

Leave a Reply