PRN Melaka: 'Serangan' Bossku Ke Atas Durian Tunggal Membuatkan Sofi Wahab Longlai - EDISI SIASAT

PRN Melaka: ‘Serangan’ Bossku Ke Atas Durian Tunggal Membuatkan Sofi Wahab Longlai

Read Time:1 Minute, 18 Second

 

PRN Melaka: ‘Serangan’ Bossku Ke Atas Durian Tunggal Membuatkan Sofi Wahab Longlai

Perubahan jadual saat akhir Cuti Cuti Malaysia Bossku di Melaka memang menjadi kejutan tetapi sangat menggembirakan penduduk Durian Tunggal.

Pada awalnya Bossku dijadualkan berada di Felda Menggong tetapi jadual telah ditukar di saat akhir.

Pihak Edisi Siasat menyangkakan, dengan perubahan saat akhir ini, sudah pasti lawatan Bossku kurang mendapat sambutan kerana ramai yang tidak tahu.

Tetapi apabila kami tiba dilokasi pada jam 4.45 petang, kami terperanjat kerana secara tiba-tiba, kesesakan jalanraya di pekan Durian Tunggal sudah bertukar seperti kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur.

Untuk jarak kurang 200 meter, kami terperangkap selama kira-kira 30 minit, akhirnya, jurukamera terpaksa mengambil keputusan untuk turun dahulu.

Sebaik sahaja Bossku sampai, secara tiba-tiba orang ramai mula memenuhi lokasi di mana Bossku berada.

Melihat kepada sambutan penduduk tempatan terhadap Bossku, Edisi Siasat rasa, di bumi Durian Tunggal sekarang ini, manusia yang paling sedih adalah calon DUN Durian Tunggal dari PH/PAN, Datuk Sofi Wahab.

Sedih apa calonmuuu…

PRN Melaka: ‘Serangan’ Bossku Ke Atas Durian Tunggal Membuatkan Sofi Wahab Longlai


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Calon BN DUN Durian Tunggal Berjanji Akan Selesaikan Masalah Banjir Yang Gagal Di Selesaikan Oleh Sofi Wahab

Share

Leave a Reply