PRN Melaka: Penduduk Durian Tunggal Dedahkan Tembelang Sofi Wahab (Bahagian 2) - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Penduduk Durian Tunggal Dedahkan Tembelang Sofi Wahab (Bahagian 2)

Read Time:1 Minute, 57 Second

PRN Melaka: Penduduk Durian Tunggal Dedahkan Tembelang Sofi Wahab (Bahagian 2)

Dalam bahagian 1, Edisi Siasat menyiarkan bagaimana Sofi Wahab telah menggunakan kuasanya bukan sahaja untuk mengenepikan bantahan penduduk Durian Tunggal dan mengenepikan pandangan pihak polis, malah beliau memberikan tekanan kepada pihak jawatankuasa masjid yang membantah keputusan beliau untuk membawa pemceramah kontroversi Wan Ji ke Melaka.

Rupa-rupanya tindakan Sofi ini mendapat restu dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari, juga dari PH/PAN.

Sangat menghairankan Adly membantah penceramah bebas, Dr Zakir Naik dari memberikan ceramah di bumi Melaka, tetapi mengalu-alukan Wan Ji supaya berceramah di Melaka.

Adakah kerana Wan Ji membawa agenda DAP dan Zakir Naik sangat-sangat dibenci oleh DAP?

Seperti yang semua maklum, Wan Ji merupakan penasihat khas kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sangat malang dan Edisi Siasat bersimpati kepada warga Durian Tunggal kerana selama ini mempunyai ADUN yang terpaksa akur dengan kehendak DAP.

Walaubagaimana pun, Edisi Siasat mengucapkan tahniah kepada Amir, seorang anak muda yang tegas dan berprinsip dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Isu ini bukan sekadar isu antara Amir, Sofi dan Wan Ji, tetapi lebih dari itu, bagaimana seorang pembuat dasar di DUN Melaka seperti Sofi Wahab boleh mencabuli prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, hingga sanggup menongkah arus untuk mengembangkan ideologi anti monarki yang menjadi tunggak perjuangan DAP selama ini?

Adakah pengundi Durian Tunggal akan terus memilih pemimpin yang anti sistem Raja Berpelembagaan?

Jangan dicemarkan lagi bumi Melaka.

PRN Melaka: Penduduk Durian Tunggal Dedahkan Tembelang Sofi Wahab (Bahagian 2)


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Calon BN DUN Asahan Berazam Membantu Menaik Taraf Kehidupan Penduduk Tempatan Sekiranya Terpilih

 

Share

Leave a Reply