PRN Melaka: Calon BN DUN Durian Tunggal Berjanji Akan Selesaikan Masalah Banjir Yang Gagal Di Selesaikan Oleh Sofi Wahab - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Calon BN DUN Durian Tunggal Berjanji Akan Selesaikan Masalah Banjir Yang Gagal Di Selesaikan Oleh Sofi Wahab

Read Time:2 Minute, 21 Second

 

PRN Melaka: Calon BN DUN Durian Tunggal Berjanji Akan Selesaikan Masalah Banjir Yang Gagal Di Selesaikan Oleh Sofi Wahab

Tidaklah mengejutkan apabila Edisi Siasat diberitahu apa yang dimuatnaik oleh mantan ADUN Durian Tunggal, Datuk Sofi Wahab, yang menggambarkan seolah-olah beliau ialah seorang yang sangat prihatin dengan masalah rakyat hanyalah kosmetik semata-mata.

Perkara ini didedahkan oleh calon Barisan Nasional bagi N09 DUN Durian Tunggal dalam PRN Melaka 2021, Zahari Abd Kalil.

Selama 40 bulan, 22 bulan ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan di peringkat negeri dan pusat, dan 18 bulan ketika kerajaan bertukar kepada Perikatan Nasional, tiada usaha yang jelas dari Sofi untuk menyelesaikan masalah rakyat di Durian Tunggal seperti banjir dan jalan berlubang.

Apa yang dilakukan Sofi hanyalah merakam video klip pendek dan mengambil gambar ketika banjir serta jalan yang berlubang dan kemudiannya memuatnaik ke akaun Facebook beliau.

Apakah Sofi fikir dengan membuat begitu, maka masalah penduduk di Durian Tunggal akan selesai selama-lamanya.

Malah menurut Zahari, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung uang ditubuhkan oleh Sofi juga bukan sahaja tidak teratur, malah tidak berfungsi.

Bukan setakat itu sahaja, Zahari memaklumkan, Sofi juga sangat jarang turun padang untuk melihat sendiri masalah penduduk Durian Tunggal, cuma apabila hampir menjelang PRN Melaka 2021, barulah kelihatan Sofi hampir setiap hari menjenguk penduduk tempatan.

Lebih mengejutkan pihak Edisi Siasat apabila Zahari mendedahkan peruntukan untuk projek tebatan banjir sudah diluluskan oleh kerajaan pusat, malah, tanah sudah pun disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah Melaka.

Namun, tanpa sebab dan alasan yang diberikan, ketika Pakatan Harapan memerintah selepas PRU 14, projek tersebut dibatalkan!!!

Keputusan membatalkan projek tebatan banjir itu telah menyebabkan kini Durian Tunggal kerap dilanda banjir kilat.

Ini adalah kerana sungai Durian Tunggal tidak dapat menampung aliran air yang datang dari projek pembangunan dan perumahan dari kawasan sekitar.

Zahari sebagai anak jati Durian Tunggal yang melihat sendiri kerugian dan penderitaan penduduk di Durian Tunggal akibat dari banjir kilat yang sering melanda terutamanya ketika musim hujan, berazam dan berjanji kepada diri beliau sendiri, akan memastikan projek tebatan banjir diteruskan supaya penduduk Durian Tunggal tidak lagi dilanda banjir kilat.

PRN Melaka: Calon BN DUN Durian Tunggal Berjanji Akan Selesaikan Masalah Banjir Yang Gagal Di Selesaikan Oleh Sofi Wahab


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Penduduk Durian Tunggal Dedahkan Tembelang Sofi Wahab (Bahagian 2)

 

Share

Leave a Reply