PRN Melaka: PH Tukar Perkataan Manifesto Kepada Pelan Tindakan, Kenapa Yer... - EDISI SIASAT

PRN Melaka: PH Tukar Perkataan Manifesto Kepada Pelan Tindakan, Kenapa Yer…

Read Time:1 Minute, 20 Second

 

PRN Melaka: PH Tukar Perkataan Manifesto Kepada Pelan Tindakan, Kenapa Yer…

Simpati juga dengan Pakatan Harapan.

Parti lain yang bertanding di PRN Melaka 2021, semuanya melancarkan manifesto PRN Melaka tapi Pakatan Harapan malu hendak gunakan perkataan manifesto, lalu ditukarkan kepada Pelan Tindakan.

Cytro pro Pakatan Harapan pasti akan menjawab isu ini dengan jawapan-jawapan skema.

“Apa masalahnya, tak ada beza pun maksud peekataan Pelan Tindakan dengan Manifesto, langsung tak ada isu”.

Biar Edisi Siasat buat pencerahan.

Manifesto:

  • Pengisytiharan kepasa orang ramai tentang dasar, tujuan dan lain-lain mengenai parti politik sebelum pilihan raya (rujuk Kamus DBP).

Pelan Tindakan:

  • Rancangan yang diatur yg terdiri daripada langkah-langkah untuk bertindak secara bijak (rujuk Kamus DBP).

Sama tapi tidak serupa, manifesto menerangkan dasar dan tawaran parti kepada pengundi SEBELUM diberikan mandat.

Pelan tindakan adalah perancangan yang disusun untuk mengotakan manifesto SELEPAS diberikan mandat.

Maksudnya, apabila diberikan mandat, menunaikan manifesto adalah penting kerana itu janji yang sudah diberikan oleh parti kepada rakyat.

Tetapi perlaksanaan Pelan Tindakan hanyalah perancangan dan tidak semestinya ditunaikan kerana ianya bukanlah janji kepada rakyat.

Maksudnya bebanan melaksanakan Pelan Tindakan tidak sama besar dengan bebanan untuk melaksanakan Manifesto Pilihanraya.

Bijakkan Pakatan Harapan!!!

PRN Melaka: PH Tukar Perkataan Manifesto Kepada Pelan Tindakan, Kenapa Yer…


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Calon BN DUN Asahan Berazam Membantu Menaik Taraf Kehidupan Penduduk Tempatan Sekiranya Terpilih

Share

Leave a Reply