PRN Melaka: Berita 300 Ahli UMNO Alor Gajah Melompat Ke PPBM Adalah Palsu - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Berita 300 Ahli UMNO Alor Gajah Melompat Ke PPBM Adalah Palsu

Read Time:1 Minute, 21 Second

PRN Melaka: Berita 300 Ahli UMNO Alor Gajah Melompat Ke PPBM Adalah Palsu

Tular di media sosial berita 300 ahli UMNO Bahagian Alor Gajah meninggalkan UMNO untuk menyertai PPBM.

Dapatan dari siasatan yang pihak Edisi Siasat lakukan mendapati apa yang dilaporkan itu adalah palsu.

Edisi Siasat menghubungi pemangku Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah, Datuk Rospendi, untuk mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, 300 orang yang didakwa meninggalkan UMNO sebenarnya adalah ‘psywar’ pihak PPBM untuk menutup kelemahan mereka dalam PRN Melaka 2021.

Rospendi juga menjelaskan keadaan sebenarnya ialah ketika pihak PPBM memberikan bantuan kepada penduduk, mereka meminta MyKad dan telah menyimpan satu salinan MyKad penduduk.

Melalui maklumat salinan MyKad tersebut, PPBM telah mengisi borang keahlian PPBM dan pada hari ini mendakwa kononnya seramai 300 orang ahli UMNO menyertai PPBM kerana hilang keyakinan kepada kepimpinan UMNO.

Malah, Puan Maria yang didakwa mengetuai 300 orang ahli UMNO yang melompat ke PPBM sebenarnya adalah ahli PPBM.

Walau bagaimanapun, pihak Edisi Siasat sedang berusaha untuk mendapatkan sesi rakaman video bersama Datuk Rospendi untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.

PRN Melaka: Berita 300 Ahli UMNO Alor Gajah Melompat Ke PPBM Adalah Palsu


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Status PAS Hanya Melukut Di Tepi Gantang – Penganalisa Politik

Share

Leave a Reply