PRN Melaka: Takut Kalah Di DUN Sg Udang, Idris Haron Lari Ke DUN Asahan - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Takut Kalah Di DUN Sg Udang, Idris Haron Lari Ke DUN Asahan

Read Time:1 Minute, 55 Second

PRN Melaka: Takut Kalah Di DUN Sg Udang, Idris Haron Lari Ke DUN Asahan

PRN Melaka: Takut Kalah Di DUN Sg Udang, Idris Haron Lari Ke DUN Asahan

Rupa-rupanya mantan Ketua Menteri Melaka dan juga mantan ADUN Sg Udang, DSU Idris Haron, bukanlah anak jantan.

Dalam senarai calon PKR untuk PRN Melaka yang diumumkan oleh Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, ternyata nama Idris Haron tidak diletakkan untuk bertanding di DUN Sg Udang, tetapi ditukar ke DUN Asahan.

Sebelum ini, Idris dengan nada yang sombong menyatakan, walau siapa pun yang akan mencabar beliau di DUN Sg Udang, beliau tidak akan gentar dan akan menghadapinya kerana beliau yakin pengundi di Sg Udang akan tetap memilih beliau sebagai ADUN Sg Udang.

Kata-kata Idris itu dikeluarkan selepas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Mohamad Ali Mohamad, memberikan cabaran supaya Idris menentang beliau di mana-mana DUN dalam PRN Melaka 2021 ini.

Namun ternyata Idris bukanlah anak jantan yang bersedia menyahut cabaran.

Apakah faktor utama yang menyebabkan Idris lari ke DUN Asahan sedangkan beliau sudah dua penggal mempertahankan DUN Sg Udang.

Pertama kerana Idris merasakan calon dari BN/UMNO adalah muka baharu dan beliau mampu menumbangkannya.

Namun Idris terlupa, calon BN/UMNO di DUN Asahan adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka, Fairul Nizam, dan sudah pasti mempunyai pengaruh yang cukup kuat di peringkat akar umbi.

Kedua, kerana Asahan adalah kampung Odris Haron dan ayah beliau dikatakan pernah menjadi penghulu di Asahan.

Namun, sekali lagi Idris terlupa, ayah beliau menjadi penghulu adalah kerana UMNO, tetapi beliau bertanding di DUN Asahan dalam PRN Melaka 2021 sebagai calon yang akan menentang UMNO.

Apakah pengaruh ayah beliau boleh menarik undi?

Sebenarnya Idris merisikokan karier politik beliau sendiri kerana sekiranya seorang bekas Ketua Menteri tumbang di kampung halaman sendiri, maka pintu keluar dari dunia politik akan terbuka luas untuk Idris Haron.

PRN Melaka: Takut Kalah Di DUN Sg Udang, Idris Haron Lari Ke DUN Asahan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Mas Ermieyati Akan Tundukkan Atau Jadi Lauk Kepada Rauf Di DUN Tg Bidara?

Share

Leave a Reply