PRN Melaka: Siapa Sebenarnya Sombong Dan Pengkhianat Muafakat Nasional, UMNO Atau PAS? - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Siapa Sebenarnya Sombong Dan Pengkhianat Muafakat Nasional, UMNO Atau PAS?

Read Time:2 Minute, 47 Second

PRN Melaka: Siapa Sebenarnya Sombong Dan Pengkhianat Muafakat Nasional, UMNO Atau PAS?

PRN Melaka: Siapa Sebenarnya Sombong Dan Pengkhianat Muafakat Nasional, UMNO Atau PAS?

Dengan beretorikkan penyatuan politik Melayu, sekutu atau lebih tepat dikatakan bekas sekutu UMNO di dalam Muafakat Nasional, PAS, sering melemparkan tuduhan bahawa UMNO sombong, mengkhianati piagam Muafakat Nasional dan sebagainya.

Benarkah begitu?

Ada 2 persetujuan asas di dalam Muafakat Nasional dalam isu rundingan pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan di dalam pilihanraya:

  • Kerusi yang dimenangi pada PRU14 hendaklah dikekalkan kepada penyandang.

Faktanya daripada 8 kerusi yang akan ditandingi PAS dalam PRN Melaka, 4 daripadanya adalah kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14.

  • Kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan akan dibahagikan antara UMNO dan PAS. Asas utama pembahagian adalah parti yang mendapat lebih undi pada PRU14 akan diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi tersebut.

Faktanya daripada 20 kerusi yang ditandingi UMNO dalam PRN kali ini, kesemuanya adalah kerusi yang mana undi UMNO melebihi undi PAS pada PRU14.

Ini adalah dua perkara asas.

Dalam kedua-dua syarat asas ini, fakta menunjukkan tidak satu pun syarat telah dimungkiri UMNO.

Jadi dimanakah asasnya tuduhan bahawa UMNO khianat kepada Muafakat Nasional?

Malahan daripada kerusi-kerusi ini pun, asalnya UMNO menawarkan 2 kerusi kepada PAS sebelum tawaran itu ditolak.


Disyorkan Untuk Anda :


Ini adalah kerusi-kerusi berstatus boleh menang.

Bukan kerusi-kerusi sukar yang menjadi kubu Pakatan Harapan.

Menjadi hak PAS untuk memilih bertanding atas tiket Perikatan Nasional dan melawan UMNO.

Begitu juga, menjadi hak UMNO / BN untuk bertanding di semua kerusi kali ini.

Ia sesuatu yang tak dapat dielak memandangkan kedua-dua parti masih bereksperimen sebelum masuk ke gelangang sebenar (PRU15).

Tetapi sekurang-kurangnya berlawanlah secara seorang kawan.

Kita buat secara friendly match.

Kita saling hormat hak masing-masing.

Dan Kita tidak ‘demonize’ satu sama lain.

Kita tidak ‘play victim’ untuk mencari simpati pengundi.

Kerana itu, Presiden UMNO mengumumkan pada PRN Melaka 2021 ini, corak kempen UMNO berbeza.


Disyorkan Untuk Anda :


UMNO akan lebih berkempen kepada apa yang telah UMNO lakukan kepada rakyat serta apa yang akan UMNO lakukan selepas mendapat mandat.

UMNO tidak akan menyerang lawan dengan membuka keaiban dan kelemahan lawan.

Malangnya, perkara ini tidak disambut dengan baik oleh segelintir pemimpin PAS yang sedang mabuk dengan kemewahan dan kuasa.

Mereka lupa, pengundi sudah cukup matang dan bosan dengan strategi kempen sebegitu.

Pengundi bosan mendengar dendangan nyanyian 1MDB.

Pengundi mual dengan ulangan cerita kluster mahkamah.

Yang pengundi mahu tahu, apa yang pengundi akan dapat sekiranya mereka memberikan mandat kepada calon dan parti tertentu.

PRN Melaka: Siapa Sebenarnya Sombong Dan Pengkhianat Muafakat Nasional, UMNO Atau PAS?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Mas Ermieyati Akan Tundukkan Atau Jadi Lauk Kepada Rauf Di DUN Tg Bidara?

Share

Leave a Reply