PRN Melaka: Khaidirah Abu Zahar Hadapi Saingan 3 Penjuru Untuk Kekalkan Kerusi BN Di DUN Rim - EDISI SIASAT

PRN Melaka: Khaidirah Abu Zahar Hadapi Saingan 3 Penjuru Untuk Kekalkan Kerusi BN Di DUN Rim

Read Time:1 Minute, 14 Second

PRN Melaka: Khaidirah Abu Zahar Hadapi Saingan 3 Penjuru Untuk Kekalkan Kerusi BN Di DUN Rim

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Khaidirah Abu Zahar @ Dirah akan hadapi saingan 3 penjuru untuk mempertahankan kerusi N25 DUN Rim, Melaka.

Walau bagaimanapun, Dirah dijangka akan menghadapi laluan yang agak mudah.

Pada awalnya, saingan dijangka akan datang dari Pakatan Harapan kerana pengaruh PN/PPBM di kalangan pengundi tempatan adalah sangat lemah.

Namun, apabila PH/PKR meletakkan calon berbangsa India di DUN Rim, ianya dijangka akan memberikan laluan yang agak mudah kepada BN/UMNO untuk mempertahankan DUN Rim, walau pun majoriti BN di PRU 14 hanya 536 undi sahaja.

Calon-calon yang akan bertanding di PRN Melaka:

Azalina Abdul Rahman (PN-Bersatu)
B. Prasanth Kumar (PH-PKR)
Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-UMNO)

Dari 13,672 pengundi berdaftar di DUN Rim, pengundi Melayu mewakili 67%, manakala pengundi Cina pula adalah 19% dan pengundi India adalah 13%.

PRN Melaka: Khaidirah Abu Zahar Hadapi Saingan 3 Penjuru Untuk Kekalkan Kerusi BN Di DUN Rim


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Mas Ermieyati Akan Tundukkan Atau Jadi Lauk Kepada Rauf Di DUN Tg Bidara?

Share

Leave a Reply