PRN Melaka: G. Saminathan, Calon Yang Pernah Di Dakwa Pengganas LTTE Hadapi Saingan 6 Penjuru Di DUN Gadek - EDISI SIASAT

PRN Melaka: G. Saminathan, Calon Yang Pernah Di Dakwa Pengganas LTTE Hadapi Saingan 6 Penjuru Di DUN Gadek

Read Time:1 Minute, 39 Second

PRN Melaka: G. Saminathan, Calon Yang Pernah Di Dakwa Pengganas LTTE Hadapi Saingan 6 Penjuru Di DUN Gadek

Mantan ADUN Gadek yang pernah didakwa ada hubungan dengan pengganas LTTE menghadapi saingan 6 penjuru di DUN N07 Gadek dalam PRN Melaka 2021.

Saminathan akan ditentang oleh:

  • P. Shanmugam (BN-MIC)
  • Azafen Amin (Bebas/IND)
  • Laila Norinda Maon (Putra)
  • Mohan Singh (Bebas/IND)
  • Mohd Amir Fitri Muharam (PN-Bersatu)
  • G. Saminathan (PH-DAP)

Dalam PRU 14, G Saminathan, memenangi DUN Gadek dengan kelebihan majoriti 307 undi.

Jumlah pengundi berdaftar di DUN Gadek adalah seramai 12,641 orang.

Dari jumlah itu, 61% adalah pengundi Melayu, 22% adalah pengundi Cina, 14% adalah pengundi India, manakala pengundi yang terdiri dari lain-lain bangsa adalah 1%.

Dalam PRN Melaka 2021, menyaksikan 2 calon dari parti Bebas dan 1 calon dari parti Putra.

Dari tinjauan di lapangan, ramai yang beranggapan, penyertaan 2 calon Bebas dan 1 calon dari Putra adalah bertujuan untuk memecahkan undi parti Melayu dan India di DUN Gadek.

Ada juga maklumat dari sumber tempatan memaklumkan kepada Edisi Siasat, kehadiran calon Bebas adalah ditaja oleh pihak tertentu untuk memastikan undi Barisan Nasional pecah seperti yang berlaku di PRN Sabah.

Sejauh mana kebenaran maklumat tersebut, tidak dapat kami pastikan.

Apakah pengundi DUN Gadek akan men mengekalkan calon yang pernah dikaitkan dengan pengganas LTTE atau menggantikannya dengan ADUN baharu, Edisi Siasat serahkan kepada kebijaksanaan pengundi di DUN Gadek.

PRN Melaka: G. Saminathan, Calon Yang Pernah Di Dakwa Pengganas LTTE Hadapi Saingan 6 Penjuru Di DUN Gadek


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: Mas Ermieyati Akan Tundukkan Atau Jadi Lauk Kepada Rauf Di DUN Tg Bidara?

 

Share

Leave a Reply