PRN Melaka: BN Sudah Tetapkan DSU Sulaiman Md Ali Sebagai Ketua Menteri Sekiranya Menang, PH Dan PN Masih Teraba-Raba - EDISI SIASAT

PRN Melaka: BN Sudah Tetapkan DSU Sulaiman Md Ali Sebagai Ketua Menteri Sekiranya Menang, PH Dan PN Masih Teraba-Raba

Read Time:2 Minute, 9 Second

PRN Melaka: BN Sudah Tetapkan DSU Sulaiman Md Ali Sebagai Ketua Menteri Sekiranya Menang, PH Dan PN Masih Teraba-Raba

Hari penamaan calon tinggal kurang dari 24 jam dari sekarang.

Dari pandangan kebanyakan pengamal media, antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, cuma Barisan Nasional yang kelihatan sudah membuar persediaan rapi untuk menghadapi PRN Melaka.

Perikatan Nasional dilaporkan masih lagi dibelenggu masalah menetapkan calon hingga ke saat akhir sebelum pengumuman dibuat.

Pakatan Harapan pula dilaporkan masih lagi bergelut dengan kemelut untuk menerima 2 mantan ADUN Bebas, Idris Haron dan Nor Azman sebagai calon Pakatan Harapan hingga ke saat akhir pencalonan hendak diumumkan.

Kini, pengundi-pengundi di Melaka tertanya-tanya, siapakah yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya sama ada BN, PH atau PN diberikan mandat?

Walau pun pihak PN dan PH cuba menyebarkan berita palsu yang kononnya sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat Melaka, Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, DS Abd Rauf Yusoh akan diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka, namun dari sumber yang sahih dari dalaman UMNO sendiri telah mengesahkan, Sulaiman akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya mandat diberikan kepada BN oleh rakyat Melaka.


Disyorkan Untuk Anda :


Tinjauan Edisi Siasat mendapati, rakyat tidak mempunyai apa-apa masalah sekiranya Rauf dilantik sebagai Ketua Menteri.

Bagi rakyat, bukan siapa yang menjadi Ketua Menteri menjadi keutamaan mereka, tetapi kerajaan negeri yang stabil adalah keutamaan mereka.

Sebenarnya yang bimbang sekiranya Rauf dilantik sebagai Ketua Menteri adalah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Kenapa mereka bimbang?

Kerana Rauf sememangnya dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan berprinsip serta berani.

Inilah kebimbangan mereka sebenarnya.

Namun, oleh kerana rakyat sudah mesra dengan Sulaiman, maka BN akan menyerahkan amanah dan tanggungjawab kepada Sulaiman sekiranya rakyat Melaka memberikan mandat kepada BN dalam PRN Melaka 2021.

Siapa pula calon Ketua Menteri PN atau PH, sampai sekarang, bukan sahaja rakyat, malah mereka sendiri belum ada jawapan yang pasti!!!

PRN Melaka: BN Sudah Tetapkan DSU Sulaiman Md Ali Sebagai Ketua Menteri Sekiranya Menang, PH Dan PN Masih Teraba-Raba


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


PRN Melaka: TERKINI!!! PN Masih Buntu Untuk Tentukan Calon

Share

Leave a Reply