PDRM Buka Semula Kertas Siasatan Pemimpin ARMADA - EDISI SIASAT

PDRM Buka Semula Kertas Siasatan Pemimpin ARMADA

Read Time:1 Minute, 42 Second

Ketua Polis Perak, Mior Faridaltrash Wahid memaklumkan, pihaknya akan merujuk semula kertas siasatan yang membabitkan kematian seorang Pengawal Keselamatan, mendiang Thava Sagayam, 64, kerana dipukul semasa bertugas di sebuah kondominium, Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak pada 29 Disember 2020 kepada Pejabat Peguam Negara.

Mangsa yang sedang bertugas telah dipukul hingga pengsan oleh suspek, Ahmad Noor Azhar bin Muhammad, seorang pemimpin Armada PPBM, kerana telah menghalang anak suspek dari menggunakan kolam renang.

Pada 29 Disember lepas, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Jan lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes disebut semula pada 9 September ini.

Mior Faridalthrash Wahid berkata, kejadian yang dirakam dalam rakaman CCTV dan menjadi viral kembali baru-baru ini kerana keluarga mangsa tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian mangsa adalah kerana dipukul oleh suspek.

Bagi skuad Edisi Siasat, sama ada kematian mangsa adalah kerana akibat dipukul atau jangkitan pada paru-paru seperti hasil bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak bukanlah isu yang hendak dibincangkan kerana menurut Mior Faridaltrash, ianya masih lagi dalam proses perundangan dan beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Isu yang hendak skuad Edisi Siasat bincangkan di sini ialah sikap pemimpin politik Armada itu sendiri.

Pertama, hanya kerana anak beliau dihalang menggunakan kolam renang, beliau telah memukul Pengawal Keselamatan itu tanpa belas kasihan.

Kedua, selepas memukul mangsa hingga pengsan, dengan tanpa rasa bersalah atau menyesal telah meninggalkan mangsa terbaring begitu sahaja.

Ketiga, bagaimana perasaan seorang ayah apabila memukul seorang tua hingga pengsan dan kemudian membiarkan mangsa begitu sahaja, di hadapan anaknya yang masih kecil, apa pengajaran yang hendak beliau berikan kepada anaknya?

Dan keempat, apakah ini sikap yang ada pada pemimpin pelapis PPBM atau ianya merupakan pra syarat untuk menjadi pemimpin PPBM?

Share

Leave a Reply