Siapa 'Trojan Horse' UMNO Dalam PPBM - EDISI SIASAT

Siapa ‘Trojan Horse’ UMNO Dalam PPBM

Read Time:2 Minute, 14 Second

Canselor Empayer Jerman yang pertama, Otto von Bismarck, pernah berkata, “Politis is the art of possible, the attainable – the art of the next best”.

Kalau dalam kehidupan masyarakat umum, kita biasa dengar perkataan dalam kawan pasti ada lawan tetapi dalam lawan tidak mungkin ada kawan.

Keadaan ini berbeza dengan seni politik.

Di dalam kumpulan kawan kita sememangnya ada lawan kita dan di dalam kumpulan lawan kita, juga terdapat kawan kita.

Menempatkan kawan di dalam kumpulan lawan adalah strategi yang sangat penting, kerana melaluinya kita akan mendapat maklumat mengenai perancangan strategi lawan.

Ahli politik yang sengaja dihantar untuk menyeludup masuk ke dalam kem lawan, dinamakan ‘TROJAN HORSE’.

‘TROJAN HORSE’ tidak semestinya seorang yang berjawatan tinggi di dalam kem lawan tetapi cukup dengan seorang yang sentiasa dan cukup hampir dengan pakar strategi kem lawan.

Di dalam UMNO sendiri, terdapat ramai ‘TROJAN HORSE’ musuh yang berada di kalangan kepimpinan tertinggi UMNO.

Berkali-kali, maklumat rahsia mengenai perbincangan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bocor ke kem musuh merupakan bukti yang cukup sahih mengenai kewujudan ‘TROJAN HORSE’ musuh politik di dalam UMNO.

Namun sebagai sebuah parti yang telah berpengalaman lebih dari 7 dekad, kepimpinan tertinggi UMNO pasti mempunyai cara untuk menangani ‘TROJAN HORSE’ ini.

Dan sebahagian besar dari mereka sudah dikenal pasti bukan sahaja oleh kepimpinan tertinggi UMNO, malah akar umbi UMNO sendiri sudah boleh melihat mereka dengan jelas, cuma tunggu waktu pemilihan parti, pasti ‘TROJAN HORSE’ ini akan lebih faham dengan maksud PENYESALAN.

Musuh politik UMNO yang paling utama adalah PPBM, kerana sudah sangat jelas, matlamat utama PPBM ditubuhkan oleh mantan Pengerusi PPBM. Dr Mahathir, adalah untuk membunuh UMNO.

Kalau kita imbas kembali sejarah PPBM sejak ia ditubuhkan, telah beberapa kali cubaan PPBM untuk menguburkan UMNO telah gagal, malah, UMNO semakin kukuh.

Sejak tumbang di PRU 14, tidak ada walau satu pun dari ribuan Cawangan dan Bahagian UMNO dibubarkan, tetapi di pihak PPBM sendiri, sudah ribuan ahli mereka kembali kepada UMNO, sudah puluhan Cawangan dan Bahagian PPBM dibubarkan di seluruh negara.

Inilah peranan ‘TROJAN HORSE’ UMNO yang menyelinap masuk ke dalam PPBM tetapi kerana kekurangan pengalaman dalam permainan politik, pemimpin PPBM di peringkat akar umbi gagal mengesan siapakah mereka.

Malah, di peringkat pusat juga ‘TROJAN HORSE’ UMNO masih lagi memainkan peranan mereka secara aktif tanpa disedari oleh kepimpinan PPBM.

Siapakah mereka ini?

Seperti yang skuad Esdisi Siasat katakan sebelum ini, tidak perlu menjawat jawatan pemimpin kanan parti untuk mendapatkan maklumat, cukup sekadar seorang yang kerap dan cukup hampir dengan kepimpinan tertinggi.

Namun tidak mustahil, mereka yang berada di posisi kepimpinan kanan PPBM juga menjadi ‘TROJAN HORSE’ UMNO.

Kenyataannya, dengan kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri, PPBM kini sedang menuju ke arah kehancuran dan peranan ‘TROJAN HORSE’ ini akan mempercepatkan proses itu.

Share

Leave a Reply