Penganggur didakwa cuba bunuh bapa - EDISI SIASAT

Penganggur didakwa cuba bunuh bapa

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA BHARU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari atas pertuduhan cuba membunuh bapanya, minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Nur Amin Azmail, 28, yang mengalami masalah mental membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan pengetahuannya cuba membunuh bapanya, Azmail Mohd Salmon, 66, dengan menikam leher menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di hadapan Pasar Bachok jam 10.40 pagi, pada 24 Ogos lalu.

Penganggur didakwa cuba bunuh bapa
Muhamad Nur Amin Azmail (tengah) mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, terhadap pertuduhan cuba membunuh bapanya, Azmail Mohd Salmon, 66, dengan cara menikam pada bahagian leher dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di hadapan Pasar Bachok jam 10.40 pagi, pada 24 Ogos lalu. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh tidak diwakili peguam.

“Saya mohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri serta tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang serius,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan dan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Maafkan saya Malaysia – Ziyad

 

Share

Leave a Reply