Lima lelaki ditahan Op Ambang Merdeka - EDISI SIASAT

Lima lelaki ditahan Op Ambang Merdeka

Read Time:1 Minute, 39 Second

Lima lelaki ditahan Op Ambang Merdeka

SEREMBAN: Polis menahan lima lelaki berusia antara 19 hingga 28 tahun bagi membantu siasatan berkaitan sekumpulan remaja berkumpul dan membuat bising di kawasan Bandar Seremban Selatan, Senawang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata semua individu berkenaan ditahan dalam Op Ambang Merdeka antara jam 9 hingga 11 malam.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban yang melaksanakan Op Ambang Merdeka mengesan satu rakaman video viral di Facebook mengenai sekumpulan remaja berkumpul dan membuat bising dipercayai di kawasan Bandar Seremban Selatan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Seremban dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menahan suspek di sekitar Seremban terdiri daripada lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 19 tahun.


Disyorkan Untuk Anda :


“Kenderaan yang digunakan di dalam video terbabit turut ditahan mengikut Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 48(1) APJ 1987 kerana kesalahan membuat galangan menggunakan kenderaan di atas jalan raya.

“Suspek juga akan dikompaun atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ujian saringan awal air kencing terhadp semua suspek mendapati negatif.

Mohd Said berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan pihaknya mengingatkan serta menasihati semua pihak sentiasa mematuhi SOP PPN yang ditetapkan serta mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan bersama,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


Penganggur didakwa cuba bunuh bapa

 

Share

Leave a Reply