Lebih 7000 peserta MM2H tak bermastautin, kata Hamzah - EDISI SIASAT

Lebih 7000 peserta MM2H tak bermastautin, kata Hamzah

Read Time:1 Minute, 0 Second

Lebih 7,000 peserta MM2H tak bermastautin, kata Hamzah

Lebih 7000 peserta MM2H tak bermastautin, kata Hamzah

PUTRAJAYA: Penambahbaikan syarat permohonan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilakukan selepas semakan Jabatan Imigresen mendapati lebih 7,000 peserta program itu dipercayai tidak bermastautin di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, golongan ini hanya masuk dan datang ke Malaysia untuk tempoh yang singkat iaitu semasa mendaftar permohonan dan semasa memperbaharui pas sahaja.

“Saya tahu ini (penambahbaikan) timbulkan rasa gusar kepada mereka yang sudah mendaftar sebagai peserta MM2H. Jangan risau atau terganggu, saya beri jaminan akan melihat semula kedudukan mereka yang sudah menyertainya.

“Saya nak anda semua tahu, penambahbaikan kepada syarat permohonan dilakukan untuk memastikan hanya peserta yang berkualiti, ‘genuine’ dan benar-benar menyumbang kepada ekonomi negara layak menyertai program MM2H,” katanya pada sidang media pertama selepas dilantik semula ke portfolio Menteri Dalam Negeri.

Lebih 7000 peserta MM2H tak bermastautin, kata Hamzah

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


Lelaki hilang dalam hutan ditemui selamat

Share

Leave a Reply