JANGKITAN COVID - OKSIGEN AISHAH STABIL KE 96 PERATUS - EDISI SIASAT

JANGKITAN COVID – OKSIGEN AISHAH STABIL KE 96 PERATUS

Read Time:1 Minute, 19 Second

JANGKITAN COVID - OKSIGEN AISHAH STABIL KE 96 PERATUS

JANGKITAN COVID – OKSIGEN AISHAH STABIL KE 96 PERATUS

“Hari ini baru ambil bacaan dan paras oksigen ialah 96 peratus. Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan dan peminat. Orang perempuan selagi ada di rumah mesti ada benda-benda nak buat. Apabila masuk hospital baru betul-betul dapat rehat,” kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin menerusi hantaran video di Instagram.

Kata Aishah, keadaannya lebih bertenaga berbanding semalam dan kini stabil apabila paras oksigennya mengalami peningkatan.

Terdahulu, Aishah telah dirawat di Hospital Ampang, apabila dia yang mempunyai masalah asma pada mulanya mengalami gejala demam panas dan semput. Aishah yang disahkan positif Covid-19 kelmarin makin stabil apabila paras oksigennya kini adalah 96 peratus.

“Kepada semua wartawan, rakan artis dan kawan-kawan, saya minta maaf sangat-sangat kalau tak dapat jawab panggilan, mesej di telefon mahupun media sosial.

“Keadaan saya di hospital sekejap tidur sekejap bangun. Namun, saya rasa agak baik sekarang. Saya boleh ketawa. Terima kasih atas doa dan perhatian anda semua. Saya pun dah dapat suntikan antibiotik. Insya-Allah saya okey.

“Sukar sedikit nak I melelapkan mata kerana, pesakit se ward ada yg dalam kesakitan sangat. Allahuakbar!!!! berikanlah kami kesembuhan ya Allah,” ujarnya dipetik sebagai berkata melalui IGnya.

JANGKITAN COVID - OKSIGEN AISHAH STABIL KE 96 PERATUS

JANGKITAN COVID – OKSIGEN AISHAH STABIL KE 96 PERATUS


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


EINA AZMAN & SUAMI POSITIF COVID-19 KETIKA ANNIVERSARY

Share

Leave a Reply