Ismail Sabri Tidak Mendapat Sokongan Ketua Bahagian UMNO? - EDISI SIASAT

Ismail Sabri Tidak Mendapat Sokongan Ketua Bahagian UMNO?

Read Time:1 Minute, 47 Second

Ismail Sabri Tidak Mendapat Sokongan Ketua Bahagian UMNO?

Dari tarikh 21 Ogos 2021 hingga ke hari ini, sudah 12 hari Perdana Menteri, DS Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan di hadapan SPB YDP Agong.

Ucapan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri sudah pun diterima dari pelbagai pemimpin utama dunia, antaranya Presiden Indonesia dan Presiden Singapura.

Ucapan tahniah juga beliau terima dari beberapa pemimpin pembangkang di Malaysia.

Antara yang mengucapkan tahniah kepada beliau adalah Presiden PAN, Presiden MUDA dan juga Ketua Penerangan PKR.

Malah Tengku Mahkota Johor juga telah mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri.

Baca di sini:

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1994824

Namun, agak menghairankan, sehingga ke saat artikel ini ditulis, masih tidak kelihatan atau kedengaran ucapan tahniah dan sokongan dari sebahagian besar 191 Ketua Bahagian UMNO.

Apa yang sedang berlaku dan mengapa?

Adakah Ismail Sabri tidak mendapat restu dari kepimpinan tertinggi UMNO dan ini menyebabkan kepimpinan akar umbi ‘reserved’ ucapan tahniah mereka dahulu?

Rasanya tidak, kerana sehari sebelum Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan, kepimpinan tertinggi UMNO dan MKT UMNO sudah pun menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau.

Atau apakah pemimpin di peringkat akar umbi tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO?

Kepimpinan di peringkat akar umbi mesti ingat, sekiranya mereka mahu menyeru akar umbi UMNO supaya taat kepada keputusan parti, mereka terlebih dahulu mesti menunjukkan sikap sedemikian.

Menyanggah keputusan MKT UMNO yang merupakan badan kedua tertinggi selepas PAU dalam membuat sesuatu keputusan, samalah seperti Ketua Bahagian menggalakkan supaya akar umbi bersikap tidak taat dan setia kepada UMNO.

Ini bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Tunjukkanlah contoh kepimpinan yang baik supaya UMNO akan terus kukuh menjadi parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Jangan dilupakan cogankata parti kita, BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT.

Ismail Sabri Tidak Mendapat Sokongan Ketua Bahagian UMNO?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


BIADAP!!! Pemimpin PAS Labelkan Rakyat Malaysia Sebagai Orang Gila!!!

Share

Leave a Reply