TERKINI: Notis Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Selangor - EDISI SIASAT

TERKINI: Notis Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Selangor

Read Time:41 Second

Air Selangor memaklumkan sebanyak 453 kawasan di Selangor akan mengalami gangguan bekalan ait tidak berjadual.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Perhubungan Air Selangor, Elina Baseri, berikutan terdapatnya pencemaran air yang dikesan di Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada pukul 11.10 pagi tadi (31 Ogos 2021).

Akibat dari pencemaran itu, Loji Rawatan Air Sg Semenyih terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Berikut adalah kawasan yang akan terlibat dalam gangguan bekalan air tidak berjadual:

  • Petaling (172 kawasan)
  • Hulu Langat (54 kawasan)
  • Sepang (194 kawawsan)
  • Putrajaya (23 kawasan)
  • Kuala Langat (20 kawasan)

Pihak Air Selangor sedang berkejasama dengan pihak Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) untuk mengesan punca pencemaran di sepanjang Sg Semenyih.

Senarai penuh kawasan gangguan air tidak berjadual boleh disemak di sini:

www.airselangor.com

Pihak Air Selangor akan membekalkan bekalan air bersih di semua kawasan yang terlibat.

Share

Leave a Reply