Seorang Lelaki Rentung Selepas Kereta Terbabas Dan Terbakar Di Kilometer 407 Lebuhraya PLUS (Video) - EDISI SIASAT

Seorang Lelaki Rentung Selepas Kereta Terbabas Dan Terbakar Di Kilometer 407 Lebuhraya PLUS (Video)

Read Time:49 Second

 

Seorang lelaki maut apabila kereta kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di kilometer 407 Lebuhraya Utara Selatan, di antara Plaza Tol Lembah Beringin dan Plaza Tol Tg Malim, lewat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, memaklumkan pihak beliau menerima panggilan kecemasa pada jam 5.14 petang tadi.

Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, pihak JBPM mengerahkan 8 anggota bomba dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Sentosa dan BBP Tg Malim ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, sebaik sahaja anggota tersebut sampai di tempat kejadian, kereta jenis Ssangyong didapati telah 100% terbakar.

Dari siasatan awal adalah dipercayai kereta tersebut telah terbabas sebelum melanggar sebuah lori dan penghadang sisi jalan sebelum terbakar.

Mangsa tidak dapat dikeluarkan kerana tersepit akibat kemalangan tersebut.

Share

Leave a Reply