Ronaldo lengkap ujian perubatan - EDISI SIASAT

Ronaldo lengkap ujian perubatan

Read Time:1 Minute, 20 Second

Ronaldo lengkap ujian perubatan

Ronaldo lengkap ujian perubatan

London: Cristiano Ronaldo lulus ujian perubatan menjelang penyertaan semula penyerang itu ke Manchester United.

The Red Devils mengesahkan pada Jumaat mereka mencapai persetujuan bersama Juventus untuk membawa pemain pujaan peminat itu kembali ke Old Trafford, 12 tahun selepas dia meninggalkan kelab itu untuk ke Real Madrid.

Laporan Sky Sports News mengesahkan Ronaldo sudah melengkapkan ujian perubatannya di Lisbon minggu ini.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or juga sudah bersetuju dengan syarat peribadi kontrak dua tahun yang menyaksikan dia mencapai persefahaman mengenai pemotongan gaji £6 juta (RM34 juta) tetapi masih menjadi pemain menerima bayaran tertinggi dalam sejarah Liga Perdana.

Ronaldo akan menyertai rakan sepasukan baharunya selepas rehat antarabangsa dan mungkin akan membuat penampilan pertama untuk kali kedua di kelab itu menentang Newcastle pada 11 September.

Pemain kebangsaan Portugal itu menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan ketika di Old Trafford, membantu kelab itu memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana, satu Liga Juara-Juara, dua Piala Liga, Piala FA, Piala Dunia Kelab Fifa dan Perisai Komuniti.

Ronaldo lengkap ujian perubatan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


SELEPAS SEDEKAD, 33 BUAH FILEM MELAYU KLASIK TERBAIK CATHAY-KERIS BAKAL DITAYANG DI ASTRO BUAT KALI PERTAMA

Share

Leave a Reply