PARU-PARU ABANG ARWAH SITI SARAH ROSAK, AMBIL MASA UNTUK PULIH - EDISI SIASAT

PARU-PARU ABANG ARWAH SITI SARAH ROSAK, AMBIL MASA UNTUK PULIH

Read Time:1 Minute, 28 Second

PARU-PARU ABANG ARWAH SITI SARAH ROSAK, AMBIL MASA UNTUK PULIH

“Salam good morning. ALLAH MAHA BESAR masih bernafas lagi bersyukur. Walaupun setiap pagi bangun saya sesak nafas,” kongsi abang kepada Arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin, melalui FB.

Beliau selanjutnya menceritakan bagaimana keadaannya sekarang apabila ramai pelawat FBnya bertanyakan perkara tersebut. Ini kerana, ramai yang masih belum pasti cerita sebenar, apakah sudah membaik atau masih sakit akibat virus maut itu.

“Ramai yg nak tahu keadaan saya sebenar..Maaf saya tak dapat nak balas satu2.

“ALLAH MAHA BESAR DAN SAYA BERSYUKUR DGN APA YG BERLAKU. PARU2 KANAN SAYA ROSAK. PARU KIRI SAYA KENA SIKIT DI BAHAGIAN BELAKANG. TAPI ALHAMDULILLAH SAYA BOLEH PULIH INSYALLAH DGN IZIN ALLAH.

“AMBIK MASA MUNGKIN 3-4 BULAN INSYALLAH. SAYA PAKAI OKSIGEN PUN DAH DIKURANGKAN PADA 10 KE 9. ALHAMDULILLAH SYUKUR SGT.

“SO PADA RAKAN2 INI INFO TERKINI SAYA. MAAF TAK DAPAT BALAS SATU. ADA KALA SAYA SEHAT… ADA KALA SAYA KURANG TENAGA,” tulisnya.

Jadi selepas ini, harap semua faham dengan keadaan beliau dan usah bertanya soalan yang mengusutkan fikiran. Biarkan beliau berehat untuk menyembuhkan diri secara perlahan-lahan.

Bak kata pepatah, berat mata memandang… berat lagi bahu memikul..!

 

PARU-PARU ABANG ARWAH SITI SARAH ROSAK, AMBIL MASA UNTUK PULIH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


NETIZEN PERSOAL ALAT SULIT SUAMI – AYDA JEBAT TAMPIL ‘BIDAS’

Share

Leave a Reply