MASIH TUNGGU TARIKH PULANG - SHUIB DAH SIAP BELI KATIL SAMBUT 'BABY' AYASH - EDISI SIASAT

MASIH TUNGGU TARIKH PULANG – SHUIB DAH SIAP BELI KATIL SAMBUT ‘BABY’ AYASH

Read Time:1 Minute, 46 Second

MASIH TUNGGU TARIKH PULANG – SHUIB DAH SIAP BELI KATIL SAMBUT ‘BABY’ AYASH

“Alhamdulillah katil AYASH AFFAN dah sampai… Tak sabarnya nak tunggu Ayash balik.. InsyaAllah Amin ya Rab 🤲 #AyashAffan,” tulis pelawak Shuib Sepahtu, 37, mengakui semakin teruja dan sudah menyiapkan barangan keperluan bagi menyambut kepulangan anak bongsunya, Ayash Affan.

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad ketika dihubungi, memberitahu dia belum mendapat tarikh sebenar bila anak bongsunya itu dibenarkan keluar hospital, namun berusaha mencukupkan kelengkapan yang perlu sebaik mungkin.

“Tak adalah berhabis beli barang sangat pun. Baju-baju abangnya pun masih simpan lagi, tapi Insya-Allah selepas ini barulah akan beli-beli sedikit baju (baru). Alhamdulillah, hari ini pun katil sudah sampai. Setakat ini, itu sajalah yang perkembangan terbaru,” katanya.

Shuib juga memaklumkan dia masih menunggu tarikh bila Ayash akan dapat pulang. Ini kerana, doktor masih terus memantau keadaannya selepas dikeluarkan dari inkubator baru-baru ini.

“Saya tak dapat pastikan bila ‘baby’ akan dapat balik. Doktor kata kena tunggu dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi. Keadaannya pun semakin stabil dan berat ada peningkatan yang banyak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Shuib memaklumkan Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.

Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.

MASIH TUNGGU TARIKH PULANG – SHUIB DAH SIAP BELI KATIL SAMBUT ‘BABY’ AYASH


Lelaki terkejut ‘makcik’ tinggal serumah 3 tahun rupanya teman wanita dalam talian

Share

Leave a Reply