Fizo Omar Tak Puas Hati Suami Antivaksin Talakkan Isteri Cucuk Vaksin - EDISI SIASAT

Fizo Omar Tak Puas Hati Suami Antivaksin Talakkan Isteri Cucuk Vaksin

Read Time:1 Minute, 36 Second

Fizo Omar Tak Puas Hati Suami Antivaksin Talakkan Isteri Cucuk Vaksin

Fizo Omar Tak Puas Hati Suami Antivaksin Talakkan Isteri Cucuk Vaksin

Fizo Omar kesal sungguh dengan seorang lelaki antivaksin yang sanggup talak isterinya jika wanita tersebut mendapatkan suntikan vaksin.
 
Di Instagram, Fizo ada memuat naik perbualan wanita yang ingin mendapatkan kepastian daripada pihak yang arif tentang situasi yang dialami olehnya itu.
 
“Kalau betul wujud suami seperti ini. Saya tidak boleh sentuh tentang hukum. Tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami. Kalau betul awak antivaksin sekali pun, bukanlah sampai tahap jatuh talak,”tulis pelakon it.

Tambahnya, “Tapi saya pernah tanya pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil (vaksin) dan tindakan itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya haram di sisi agama. Itu apa yang diberitahulah.”
 
Fizo juga mempersoalkan rasional golongan seperti itu sedangkan jabatan gama dan kesihatan negara di seluruh dunia dah mengesahkan vaksin adalah halal.
 
“Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu antivaksin ini? Kalau masih ingat, sejak kita lahir, beberapa jenis vaksin sudah pun disuntik dalam badan kita. Alhamdulillah sehingga sekarang Allah SWT masih beri nikmat kehidupan yang sihat.
 
“Allah SWT suka melihat hamba-Nya ikhtiar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua. Lakukan apa yang sepatutnya dan Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.”

Apa agaknya anda buat kalau dapat suami jenis ‘b”doh piang’ macam ni?

Fizo Omar Tak Puas Hati Suami Antivaksin Talakkan Isteri Cucuk Vaksin


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


“Apa Ni Sushi King? Ini Tak Kelakar!” – Sweet Qismina

Share

Leave a Reply