Berita Baik Buat UMNO Menjelang Hari Kemerdekaan - EDISI SIASAT

Berita Baik Buat UMNO Menjelang Hari Kemerdekaan

Read Time:1 Minute, 53 Second

Berita Baik Buat UMNO Menjelang Hari Kemerdekaan

Menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64, Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan menyampaikan satu berita yang pastinya akan melegakan semua warga UMNO di seluruh negara.

6 Ogos 2021 lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan pada tarikh 7 Julai 2021 adalah tidak sah.

Alasan yang diberikan oleh ROS adalah kerana pemegang jawatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti bagi jawatan MKT, Bahagian, Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, yang berdasarkan Perlembagaan UMNO Fasal 10:16 adalah tidak sah.

Oleh itu, ROS telah mengarahkan supaya UMNO menetapkan satu tarikh supaya pemilihan parti di semua peringkat dan jawatan dilakukan segera.

Ekoran itu, Setiausaha Agung UMNO telah memaklumkan kepada peguam parti dan memberikan respon kepada pihak ROS pada 9 Ogos 2021.

Tidak lama selepas itu, tular di media, pengakuan dari seorang pegawai ROS yang mengaku beliau telah diarahkan oleh seseorang untuk mengeluarkan surat ROS yang bertarikh 6 Ogos 2021 itu, namun tidak lama selepas itu, berita tersebut dinafikan oleh pihak ROS.

Namun, kira-kira jam 9.00 malam semalam (30 Ogos 2021), dalam akaun Twitter milik Ahmad Maslan, beliau telah memaklumkan bahawa selepas perbincangan yang dilakukan antara beliau dan peguam parti dengan pihak ROS, pihak ROS akhirnya mengakui, segala keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah teratur.

Baca di sini:

https://twitter.com/ahmadmaslan/status/1432334081124024325?s=19

Ahmad Maslan juga menyatakan, UMNO akan menetapkan tarikh untuk pemilihan parti dan akan memaklumkan tarikh pemilihan parti kepada pihak ROS sebelum 29 Disember 2021.

Pastinya ini adalah satu berita yang sangat menggembirakan buat semua warga UMNO dan ianya merupakan hadiah yang cukup istimewa buat UMNO sempena menjelangnya Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64.

Berita Baik Buat UMNO Menjelang Hari Kemerdekaan

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


Ahmad Faizal mohon maaf isu Liga Super

Share

Leave a Reply