"Apa Ni Sushi King? Ini Tak Kelakar!" - Sweet Qismina - EDISI SIASAT

“Apa Ni Sushi King? Ini Tak Kelakar!” – Sweet Qismina

Read Time:1 Minute, 25 Second

"Apa Ni Sushi King? Ini Tak Kelakar!" - Sweet Qismina

“Apa Ni Sushi King? Ini Tak Kelakar!” – Sweet Qismina

Nampaknya, kisah tular mengenai kebersihan di salah satu francais Sushi King turut mendapat perhatian pelakon Sweet Qismina.

Siapa tidak kembang tekak melihat beberapa ekor lipas di makanannya? Itulah yang dikongsi seorang wanita sebelum ini.

Menerusi Instastory Sweet, dia meluahkan rasa kecewanya terhadap francais terbabit yang tidak menjaga kebersihan premis hingga lipas pun craving sushi!

Sebagai peminat makanan Jepun di Sushi King, jelas Sweet sangat marah dengan insiden itu dan melabel pihak berkenaan tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, pengguna Twitter @ShaffiPotter berkongsi video wanita merakam beberapa lipas di makanannya ketika mengunjungi salah satu francais restoran makanan Jepun itu.

“Hi guys, semalam saya ada muat naik video dari TikTok mengenai seorang wanita ini pergi ke Sushi King dan ada lipas di makanannya. Kemudian saya tag Sushi King di IG. Apa yang mereka lakukan? Mereka telah menyekat akaun saya. Perkhidmatan pelanggan sangat teruk!” tulisnya pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, ciapan @ShaffiPotter mengenai insiden itu telah dipadam dan Sushi King juga mengeluarkan kenyataan memohon maaf.
Macam manalah boleh keluar lipas banyak-banyak macam tu ya? Itu belum tengok keadaan di dapurnya lagi.

“Apa Ni Sushi King? Ini Tak Kelakar!” – Sweet Qismina


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


MASIH TUNGGU TARIKH PULANG – SHUIB DAH SIAP BELI KATIL SAMBUT ‘BABY’ AYASH

Share

Leave a Reply