Agenda Utama Zahidi Sebagai Timbalan Menteri Adalah 'Halalkan' Tanaman Ketum? - EDISI SIASAT

Agenda Utama Zahidi Sebagai Timbalan Menteri Adalah ‘Halalkan’ Tanaman Ketum?

Read Time:1 Minute, 8 Second

Mungkin mendesak kerajaan supaya ‘menghalalkan’ tanaman ketum di Malaysia merupakan agenda utama Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menurut Zahidi, selain dari ketum, ada pengusaha meminta untuk menanam hemp kerana permintaannya yang tinggi di luar negara.

Sewaktu menyampaikan bantuan di Program Bantuan Bakul Makanan Semangat Prihatin Keluarga Kita Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Badlishah, Zahidi berkata, hemp ada persamaan dengan kenaf (varieti tanaman kanabis), namun ianya tidak mengkhayalkan sekiranya dihisap.

“Tanaman ini mempunyai permintaan tinggi di luar negara dan harganya pula sangat mahal”.

Menurut beliau lagi, semua cadangan dan permintaan perlu dibincangkan bagi mengetahui sama ada Malaysia boleh mengambil langkah yang sama seperti Thailand.

Isu yang sama pernah diutarakan oleh Zahidi sewaktu menjadi Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), pada tahun 2018.

Apakah ‘menghalalkan’ tanaman ketum merupakan agenda utama Zahidi yang tidak pernah akan padam sejak dahulu?

Untuk rekod, daun ketum diletakkan di bawah Akta Racun 1952 dan untuk makluman Zahidi, kalau dihisap daun ketum memang tidak akan memabukkan tetapi kalau diminum rebusan air ketum, ianya bukan sahaja memabukkan, malah akan mendatangkan ketagihan kronik, tetapi, tidak pernah pula skuad Edisi Siasat dengar ada orang yang hisap daun ketum seperti daun ganja!!!

Nasib baik Zahidi diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia, kalau beliau diletakkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Makanan, sudah pasti anak-anak muda ketagihan air ketum!!!

Share

Leave a Reply