Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II - EDISI SIASAT

Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II

Read Time:1 Minute, 29 Second

 

 

Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaacob.

Tapi skuad Edisi Siasat tidak pasti, atas dasar apa pemilihan itu dibuat oleh Ismail Sabri.

Yang pasti, Dr Muhammad Zawawi bukanlah seorang yang berpengalaman di bidang pertanian apa lagi mempunyai kelulusan dalam bidang pertanian.

Memang skuad Edisi Siasat akui, seorang Menteri atau Timbalan Menteri di dalam sesuatu kementerian tidak semestinya mempunyai kepakaran di dalam bidang itu.

Menteri dan Timbalan Menteri hanya menetapkan dasar, yang akan melaksanakannya ada penjawat awam yang diketuai oleh Setiausaha Kementerian terbabit.

Tetapi sekurang-kurangnya, seorang Menteri atau Timbalan Menteri mesti mempunyai pengetahuan asas, kalau tidak macam mana hendak menentukan dasar dan halatuju kementerian yang diterajui.

Tapi kalau dah Singapura dikatakan ada menanam padi, memang besar masalahnya nanti.

Rasanya budak sekolah rendah pun tahu!!!

Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami

Jawatan tidak seharusnya pemenuh kerusi ahli politik semata-mata

 

Share

Leave a Reply