Perdana Menteri Dedahkan Kegagalan KJ - EDISI SIASAT

Perdana Menteri Dedahkan Kegagalan KJ

Read Time:1 Minute, 59 Second

Perdana Menteri Dedahkan Kegagalan KJ

Sebaik sahaja Perdana Menteri, DS Ismail Sabri umumkan barisan kabinet beliau, cytro pro Khairy Jamaluddin (KJ) cuba sedaya upaya untuk menaikkan nama beliau dengan memberikan imej sebagai Menteri yang berjaya di era Perikatan Nasional.

Tetapi perkara itu seakan dinafikan oleh Ismail Sabri sendiri apabila beliau mendedahkan terdapat 6 negeri yang kadar vaksinasinya masih rendah dan belum mencapai sasaran 50%.

Menurut Ismail Sabri, negeri-negeri tersebut ialah Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya tumpuan diberikan kepada enam negeri ini”.

“Saya mahu menjelang hujung September ini, keenam-enam negeri ini mesti melebihi 50 peratus kadar vaksinasinya. Kalau awal, lagi bagus,” tambah Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemberian vaksin AstraZeneca dos ke sejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Bagi skuad Edisi Siasat, kayu ukur dalam kejayaan program vaksinasi negara dalam mencapai sasaran imuniti kelompok atau ‘herd immunity’ bukanlah pada jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk membeli vaksin atau kuantiti vaksin yang telah kita beli, tetapi ianya adalah pada jumlah rakyat Malaysia yang telah lengkap menerima 2 dos vaksin Covid-19.

Antara yang menjadi kerisauan rakyat Malaysia ialah, sesi persekolahan secara bersemuka dijangka akan bermula pada bulan Oktober, tetapi belum seorang pun pelajar sekolah menerima suntikan vaksin.

Dengan kemasukan virus Covid-19 varian Delta, di mana kadar kebolehjangkitannya lebih tinggi dari varian sebelumnya, keadaan ini pasti merisaukan ibubapa dan juga warga pendidik.

Dalam sesi persekolahan secara bersemuka yang lepas, lebih 80000 murid sekolah telah dijangkiti Covid-19 kerana sesi persekolahan secara bersemuka telah dimulakan tanpa mengambil kira keperluan memberikan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah!!!

Kalau dari sudut pembelian vaksin, memang skuad Edisi Siasat akui, KJ memang cemerlang kerana selepas membelanjakan sekurang-kurangnya RM5 bilion untuk membeli vaksin, Ismail Sabri terpaksa umumkan pembelian vaksin tambahan sebanyak 6 juta dos lagi.

Cemerlangkan KJ!!!

Perdana Menteri Dedahkan Kegagalan KJ


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?

Share

Leave a Reply