Gol sendiri lawan selamatkan Atletico - EDISI SIASAT

Gol sendiri lawan selamatkan Atletico

Read Time:1 Minute, 34 Second
Gol sendiri lawan selamatkan Atletico
Penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli menyelamatkan bola sambil cuba dicabar penyerang Atletico Madrid, Matheus Cunha pada saingan liga di Stadium Wanda Metropolitano. – AFP

Gol sendiri lawan selamatkan Atletico

Penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli menyelamatkan bola sambil cuba dicabar penyerang Atletico Madrid, Matheus Cunha pada saingan liga di Stadium Wanda Metropolitano. – AFP

MADRID: Juara bertahan, Atletico Madrid terlepas peluang untuk kedudukan teratas liga pagi tadi namun bangkit selepas ketinggalan dua kali sebelum seri 2-2 berdepan Villarreal.

Pada minit kelima masa kecederaan, hantaran ke belakang oleh pemain Villarreal, Aissa Mandi menyebabkan bola menerjah ke gawang sendiri dan memberikan Atletico satu mata.

Sebelum itu, Barcelona perlu bermati-matian sebelum menang 2-1 mengatasi Getafe dengan penyerang Belanda, Memphis Depay menghasilkan gol kemenangan.

Luis Suarez menemui gawang untuk gol penyamaan pertama Atletico.

Manu Triguera dan Arnaut Danjuma meletakkan pelawat dua kali di depan sebelum kesilapan lewat permainan memberikan Atletico mata ketujuh daripada tiga perlawanan.

“Itulah kegembiraan tidak tewas perlawanan walaupun ia semakin menghampiri,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeoene.

“Ia bukan sesuatu yang adil, tapi dalam perlawanan ia boleh berlaku,” katanya mengenai gol penyamaan itu. “Ia perlawanan terbaik kami setakat ini.” – AFP

Gol sendiri lawan selamatkan Atletico


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami

Saifuddin dilantik Setiausaha Agung FAM

Share

Leave a Reply