Terkini!!! Sah Ronaldo Kembali Ke Red Devils Dengan Gaji RM2.76 Juta Seminggu!!! - EDISI SIASAT

Terkini!!! Sah Ronaldo Kembali Ke Red Devils Dengan Gaji RM2.76 Juta Seminggu!!!

Read Time:36 Second

Kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United akan membolehkan beliau menikmati gaji 480,000 pound (RM2.76 juta) seminggu.

Perpindahan tersebut akan menyaksikan Ronaldo kembali menyarung jersi Red Devils selepas 12 tahun meninggalkan kelab berkenaan untuk berhijrah ke Real Madrid dan Juventus.

Ronalda muncul pemain menerima gaji paling mahal di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau mengatasi gaji yang diterima oleh Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Harry Kane dan David de Gea.

De Bruyne menerima 385,000 pound (RM2.22 juta) seminggu manakala penjaga gol United, De Gea hanya kurang 10,000 pound (RM57,600) berbanding bintang Belgium itu.

Bintang berusia 36 tahun itu mencetuskan kepulangan dramatik ke United semalam selepas terlebih dahulu dikatakan semakin hampir untuk menyertai seteru setempat, Manchester City.

Share

Leave a Reply