Pelarian Afghanistan Lahirkan Bayi Perempuan Dalam Pesawat - EDISI SIASAT

Pelarian Afghanistan Lahirkan Bayi Perempuan Dalam Pesawat

Read Time:29 Second

Seorang bayi dilahirkan dalam pesawat ketika ibunya menaiki penerbangan menuju ke United Kingdom selepas meninggalkan Afghanistan.

Wanita tersebut, Soman Noori, 26, melahirkan anaknya ketika pesawat Turkish Airlines melalui ruang udara Kuwait untuk menuju ke Birmingham.

Soman dan suaminya, Taj Moh Hammat, menamakan anak merek Havva yang bermaksud petang.

Beberapa kru kabin membantu Soman melahirkan bayinya selepas tiada doktor menaiki penerbangan tersebut.

Selepas kelahiran tersebut, pesawat berkenaan mendarat di Kuwait sementara waktu sebelum menyambung perjalanan ke Birmingham.

Kelahiran Havva merupakan yang kedua selepas seorang wanita Afghanistan melahirkan anaknya di dalam pesawat ketika dalam penerbangan ke Jerman sebelum ini.

Share

Leave a Reply