"MANA ADA KAT LUAR NEGARA, SAYA DI JOHOR SAJA, DANGA BAY..." - SAJAT - EDISI SIASAT

“MANA ADA KAT LUAR NEGARA, SAYA DI JOHOR SAJA, DANGA BAY…” – SAJAT

Read Time:1 Minute, 18 Second

"MANA ADA KAT LUAR NEGARA, SAYA DI JOHOR SAJA, DANGA BAY..." - SAJAT

“Mana ada saya kat luar negara, saya ada di Johor saja, Danga Bay, saya tidak tahu hendak cakap macam mana lagi, saya ada di Malaysia, tidak kemana-mana,” demikian kata usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruddin yang memberitahu secara terbuka bahawa dirinya berada di Johor selama ini.

Sajat menjawab pertanyaan pengikutnya melalui live di laman Instagram miliknya malam tadi yang bertanya lokasi tempatnya bersembunyi selama ini.

Dalam live tersebut, Sajat yang dalam keadaan sebak memaklumkan bahawa dia tidak keluar dari negara sebaliknya berada di Danga Bay, Johor sahaja.

Terdahulu, pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Dalam laporan media sebelum ini, Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas mengetahui Polis Selangor bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesannya.


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


Kanak-kanak Palestin cedera ditembak tentera Israel, akhirnya maut

 

 

 

Share

Leave a Reply