Kanak-kanak Palestin cedera ditembak tentera Israel, akhirnya maut - EDISI SIASAT

Kanak-kanak Palestin cedera ditembak tentera Israel, akhirnya maut

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kanak-kanak Palestin cedera ditembak tentera Israel, akhirnya maut

AITULMAQDIS: Kanak-kanak lelaki Palestin yang ditembak oleh tentera Israel minggu lalu dalam pertempuran di sempadan Gaza akhirnya maut akibat kecederaan dialaminya.

Kementerian Kesihatan Gaza yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa ialah Omar Hassan Abu al-Nile, berusia 12 tahun.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya,” kata kementerian itu melalui kenyataan.

Menurut Agensi Berita Wafa, Omar Hassan ditembak ketika pertempuran Sabtu lalu dalam demonstrasi berhampiran pagar sempadan yang memisahkan Gaza dan negeri Yahudi.

Menurut pemimpin Hamas, pertempuran bertarikh 21 Ogos itu mengakibatkan kira-kira 40 orang cedera termasuk lelaki Palestin berusia 32 tahun yang maut, Rabu lalu.


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam insiden itu, seorang pegawai polis Israel turut terkena tembakan dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut tentera Israel, mereka bertindak balas dengan peserta rusuhan Palestin yang melemparkan bahan letupan di pagar sempadan selain cubaan untuk memanjatnya.

Susulan itu, pihak Israel melancarkan serangan udara yang menyasarkan lokasi pembuatan dan penyimpanan senjata milik Hamas.

Israel sekali lagi dilaporkan menyerang Gaza pada tengah malam Isnin sebagai tindak balas terhadap serangan bom api yang mengakibatkan kebakaran di wilayah selatan Israel, Eskhol.

Namun, tiada korban jiwa yang dilaporkan akibat serangan berkenaan.

Pertempuran terbaharu turut berlaku di sempadan Gaza dan Israel pada Rabu lalu, namun ia dilaporkan tidak seganas insiden Sabtu lalu.

Menurut pihak berkuasa Hamas sekurang-kurangnya 260 penduduk Palestin terbunuh oleh serangan udara Israel semasa konflik, termasuk para pejuang. – AFP


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


Jepun siasat 2 kematian selepas menerima suntikan vaksin tercemar

 

Share

Leave a Reply