Jepun siasat 2 kematian selepas menerima suntikan vaksin tercemar - EDISI SIASAT

Jepun siasat 2 kematian selepas menerima suntikan vaksin tercemar

Read Time:1 Minute, 32 Second
Jepun siasat 2 kematian selepas menerima suntikan vaksin tercemarJ

TOKYO: Jepun sedang melakukan siasatan kematian dua lelaki didakwa akibat menerima suntikan vaksin COVID-19 Moderna yang digantung penggunaannya selepas didapati tercemar.

Menurut Kementerian Kesihatan, mangsa yang berusia 30 dan 38 tahun itu maut awal bulan ini selepas menerima suntikan dos kedua Moderna daripada bekalan yang digantung kerajaan Khamis lalu.

Katanya melalui kenyataan, ia berikutan beberapa botol ditemui sudah tercemar.

Pihak kementerian berkata, punca kematian masih lagi disiasat dan sehingga kini kaitannya dengan vaksin itu masih belum dapat dikenalpasti.

Menurut pihak kementerian, kedua-dua mangsa dilaporkan menghidapi demam selepas menerima vaksin masing-masing dan mereka tidak mempunyai sejarah alahan atau masalah kesihatan.

Keputusan penggantungan vaksin membabitkan 1.63 juta dos Moderna yang dilaporkan diedarkan ke 800 pusat vaksinasi di seluruh Jepun.

Takeda yang bertanggungjawab terhadap penjualan dan pengedaran stok Moderna di Jepun berkata, pihaknya menerima laporan terdapat bahan asing ditemui di dalam botol vaksin yang masih tertutup.

Kira-kira 44 peratus populasi di Jepun sudah lengkap divaksin ketika negara itu berdepan lonjakan kes disebabkan varian Delta.

Lebih 15,700 penduduk di Jepun maut akibat COVID-19 dengan sebahagian besar negara itu kini berada di bawah perintah sekatan yang ketat. – AFP


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami

Pulau baharu ‘paling utara’ di dunia ditemui penyelidik

Share

Leave a Reply