"Hari Ini Dia Cantik Sangat" - Naim Daniel - EDISI SIASAT

“Hari Ini Dia Cantik Sangat” – Naim Daniel

Read Time:1 Minute, 4 Second

Sebak baca hantaran terbaru Naim Daniel di Instagramnya di hari bahagia kakaknya yang tersayang.
Berkongsi sekeping foto sekitar majlis pernikahan, penyanyi itu memuji kecantikan kakaknya yang lain dari hari-hari sebelumnya.

Kredit foto: IG
 
“Hari ni dia cantik sangat. Sebelum ni okey je, ada cantik, ada kejap muka macam projek terbengkalai.
 
“Tapi harini, dia cantik sangat,” pujinya.
Naim juga mengambil kesempatan itu mendoakan agar rumah tangga kakaknya sentiasa aman dan bahagia.
Ramai juga peminat turut berasa sebak membaca kapsyen Naim. Tidak kurang juga mengucapkan tahniah kerana sudah memiliki abang ipar.

Kredit foto:
Rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada kakaknya itu.
Share

Leave a Reply