Gergasi Merah kempunan raih kemenangan - EDISI SIASAT

Gergasi Merah kempunan raih kemenangan

Read Time:1 Minute, 53 Second

Gergasi Merah kempunan raih kemenangan

Petaling Jaya: Pemain import Melaka United, Manuel Ott muncul penyelamat apabila jaringan pada masa kecederaan membolehkan skuad Hang Tuah mengikat Selangor FC 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam ini.

Sebaliknya gol itu nyata mengecewakan pasukan tuan rumah yang terlebih dulu mendahului dan dilihat cukup ampuh bertahan biarpun hanya beraksi dengan 10 pemain sepanjang 60 minit aksi.

Dalam perlawanan itu, pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung berjaya meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-18 selepas bijak membaca hantaran Ifedayo Omosuyi untuk tenang menewaskan penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Kesilapan Ashmawi Yakin yang melakukan terjahan dari belakang ke atas Sony Norde di minit ke-27 memakan diri apabila dia dilayangkan kad merah untuk membiarkan Selangor beraksi dengan 10 pemain.

Situasi itu menyebabkan pengendali Selangor, Karsten Neitzel terpaksa membuat pertukaran taktikal dengan memasukkan pemain pertahanan muda, Harith Haiqal dan mengeluarkan pemain sayap, Hakim Hassan bagi mengimbangi kekuatan pasukan.

Biarpun kekurangan pemain, tuan rumah tampak tetap merbahaya dengan acap kali melancarkan serangan balas ke kubu lawan yang dilihat tertekan menahan asakan skuad Red Giants.

Sebaliknya, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan harus menyalahkan diri sendiri apabila beberapa peluang keemasan disia-siakan jentera serangan terutamanya pada minit ke-68.

Sony yang berjaya melepasi perangkap offside tuan rumah gagal menewaskan Khairulazhan Khalid meskipun hanya berdepan dengan penjaga gol kebangsaan itu yang mudah menghalang percubaan penyerang import dari Haiti itu.

Usaha pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila Manuel Ott merembat dari luar kotak penalti untuk menghadiahkan satu mata buat Melaka sementara Gergasi Merah kecewa di halaman sendiri.


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


Police reopen probe into condo pool assault after guard dies

 

 

 

Share

Leave a Reply