Azalina Berikan Sindiran Tajam Pada Mas Ermieyati - EDISI SIASAT

Azalina Berikan Sindiran Tajam Pada Mas Ermieyati

Read Time:47 Second

Ahli Parlimen Pengerang yang juga merupakan mantan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, DS Azalina Said, memberikan sindiran tajam kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah yang baharu dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang & Parlimen).

Di samping memberikan ucapan tahniah kepada Mas Ermieyati atar perlantikan beliau, Azalina juga mengingatkan Mas Ermieyati supaya memberikan keutamaan kepada usul Akta Anti Lompat Parti.

“Tahniah YB @ emysamsudin.”

“Jangan lupa letakkan undang-undang antilompat sebagai keutamaan agenda pembaharuan parlimen sebagai timbalan menteri undang-undang dan parlimen,” ciap Azalina di dalam akaun Twitter beliau.

Baca di sini:

https://twitter.com/AzalinaOthmanS/status/1431203257037180933?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwter

Ciapan dari Azalina mendapat respon dari netizen yang bersetuju dengan beliau.

Untuk rekod, Azalina dan Mas Ermieyati adalah mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia, tetapi Mas Ermieyati yang telah memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah telah melompat ke PPBM selepas Barisan Nasional tumbang dalam Pilihanraya ke 14 yang lalu.

 

Share

Leave a Reply