SAMBUNG BELAJAR DI ASWARA - AYU DAMIT BERSYUKUR, AKUI TAK MALU - EDISI SIASAT

SAMBUNG BELAJAR DI ASWARA – AYU DAMIT BERSYUKUR, AKUI TAK MALU

Read Time:1 Minute, 34 Second

 SAMBUNG BELAJAR DI ASWARA - AYU DAMIT BERSYUKUR, AKUI TAK MALU

“Alhamdulillah, ini satu peluang yang susah untuk saya lepaskan,” itulah kata penyanyi Ayu Damit apabila dia kini bergelar penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit yang memulakan sesi pengajian sejak 2 Ogos lalu berkata, ini adalah peluang berharga dalam hidupnya untuk memperbaiki ilmu pengetahuannya dalam muzik.

“Sebelum mengikuti pengajian dalam program ini, saya hadir ke sesi temuduga. Syukur saya diterima untuk menyambung pengajian selama tiga semester. Saya tak malu untuk mengaku diri ini kurang pengetahuan asas dalam muzik dan ‘main’ menyanyi saja sebelum ini,” ujarnya.

Menurut Ayu, ini adalah impiannya yang menjadi kenyataan dan dia akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya dalam memantapkan lagi karier seninya.


Artikel Menarik :


“Sekurang-kurangnya ilmu yang dipelajari itu boleh saya aplikasikan dalam kerjaya seni saya selepas ini. Impian untuk menyambung pengajian memang sudah lama ada, cuma rasanya sekarang adalah waktu paling sesuai memandangkan banyak aktiviti perniagaan dilakukan dari rumah,” jelasnya.

Penyanyi lagu ‘Hanya Di Mercu’ itu juga berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa menyokong setiap keputusannya: “Suami tidak menghalang, sebaliknya dia yang paling banyak memberikan kata-kata semangat. Cuma pesannya, perlu pandai membahagikan masa,” tuturnya.

Untuk makluman, selain bergelar penyanyi, Ayu juga turut aktif dalam bidang perniagaan dan giat mengusahakan ladang cili dan perniagaan bahulu serta kek pisang.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


“TAK ADALAH…” – VIDA NAFI NAK KAHWIN ‘PUCUK MUDA’, BEKAS PEMBANTU PERIBADI

 

Share

Leave a Reply