PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah - EDISI SIASAT

PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah

Read Time:1 Minute, 50 Second

PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah

KUALA LUMPUR: Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menerima tonik tambahan dalam misi memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik 2020 selepas menerima undian ‘mudah’ dalam peringkat kumpulan sekali gus mencerahkan laluan ke pentas final.

Berdasarkan undian bagi kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas) yang dikeluarkan, semalam, Liek Hou, 33, yang tampil sebagai pilihan kedua diramal tidak berdepan masalah mengungguli saingan Kumpulan B yang turut dibarisi pemain Jepun, Taiyo Imai, Fang Jen-yu dari Taiwan dan Ahmed Eldakrory (Mesir).

Pilihan pertama dari Indonesia, Dheva Anrimusthi pula diundi dalam Kumpulan A bersama rakan senegara, Suryo Nugroho, Meril Loquette dari Perancis dan pemain Poland, Bartlomiej Mroz.

Juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat separuh akhir. Undian akan dijalankan bagi menentukan lawan di separuh akhir dengan juara kumpulan akan diletakkan sebagai pilihan.

“Kalau berdasarkan prestasi semasa, saya fikir tiada masalah untuk saya (untuk jadi juara kumpulan).


Artikel Menarik :


“Walaupun tahap lawan lain lebih rendah berbanding saya, namun saya tidak boleh memandang mudah kemampuan mereka terutamanya pemain Jepun (Umai) yang mana dia pastinya ada kelebihan beraksi di tempat sendiri.

“Jadi, saya perlu fokus sepenuhnya dalam setiap perlawanan. Fokus sekarang adalah saingan peringkat kumpulan terlebih dahulu untuk jadi juara dan layak ke separuh akhir,” katanya kepada BH Sukan.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama sukan badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara yang beraksi dalam kategori SS6 (kerdil), Didin Teresoh turut bernasib baik apabila berjaya mengelak daripada satu kumpulan dengan pemain nombor satu dunia dari Britain, Jack Sherpard.

Bagaimanapun, juara dunia 2015 itu perlu berdepan dengan tentangan pemain nombor dua dunia dari India, Krishna Nagar dan Vitor Tavares (Brazil) dalam saingan Kumpulan B


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Jorginho Di Pilih Sebagai Pemain Terbaik UEFA

 

Share

Leave a Reply