MKT UMNO Berikan 'Peringatan Manja' Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia - EDISI SIASAT

MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia

Read Time:2 Minute, 46 Second

27 Ogos 2021, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah mengadakan mesyuarat kali pertama sejak DS Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, UMNO telah menzahirkan komitmen untuk menyokong perlantikan Naib Presiden UMNO 1, Ismail Sabri, sebagai Perdana Menteri.

Antara lain, UMNO juga telah memberikan komitmen untuk menjunjung titah SPB YDP Agong agar semua pihak berganding bahu untuk bersama-sama membawa keluar rakyat dan negara dari masalah pandemik Covid-19 dan ekonomi yang telah berlarutan hingga lebih dari 2 tahun.

Selaras dengan itu, UMNO meminta agar Kerajaan Keluarga Malaysia membuat pertimbangan yang sewajarnya atas desakan rakyat yang sudah terjejas teruk kehidupan mereka supaya diberikan moratorium secara automatik tanpa syarat dan juga pengeluaran wang sebanyak RM10,000 dari simpanan KWSP.

UMNO juga menyarankan agar kerajaan tidak lagi mengekalkan nama Kerajaan Perikatan Nasional yang telah gagal tetapi menggantikannya dengan nama Kerajaan Keluarga Malaysia.

Namun apa yang lebih menarik perhatian skuad Edisi Siasat ialah saranan UMNO supaya Kerajaan Keluarga Malaysia memperkasakan integriti pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah pasti yang menjadi keutamaan ialah integriti dan kredibiliti Pejabat Peguam Negara serta Badan Kehakiman Negara supaya benar-benar bebas dari sebarang campurtangan luar.

Sehubungan itu, UMNO menggesa Kerajaan Keluarga Malaysia supaya segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat pendedahan yang pernah dibuat oleh mantan Peguam Negara, TS Tommy Thomas dalam buku tulisan beliau yang bertajuk, My Story : Justice In The Wilderness.

Dalam buku tersebut, Tommy Thomas telah mendedahkan bagaimana beliau terpaksa menggugurkan kes LTTE di Malaysia setelah mendapat arahan dari mantan Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir dan juga kabinet beliau ketika itu.

Tommy Thomas juga mendedahkan bagaimana campurtangan politik telah membuatkan beliau tiada pilihan selain menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng.

Selain dari itu, Tommy Thomas juga mendedahkan bagaimana Gopal Sri Ram diberikan kuasa yang terlalu besar dalam pendakwaan kes 1MDB terhadap mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

I appointed Sri Ram under Section 376 (3), to deal with the investigation and prosecution of 1MDB matters. Sri Ram was given a wide ranging portfolio. He worked well with the deputy director of the MACC Datuk Seri Azam Baki, who was in charge of the investigation of 1MDB matters. Sri Ram was also given an office in the AGC, and spent much time with the officers in the MACC”.

Baca di sini:

https://www.editormalaysia.com/21400/

Malah Gopal Sri Ram telah diberikan pejabat di SPRM!!!

Pendedahan yang dibuat oleh Tommy Thomas adalah sangat serius, kerana ia bukan sahaja bersangkutan dengan integriti Jabatan Peguam Negara, malah mencakupi SPRM dan lebih membimbangkan, apakah ianya juga mempunyai kaitan dengan integriti Badan Kehakiman negara.

Maka permintaan UMNO supaya Kerajaan Kerajaan Malaysia menubuhkan RCI adalah satu perkara yang sangat wajar kerana integriti badan berkuasa, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman Negara telah menjadi bahan lawak jenaka di mata dunia!!!

Bagi skuad Edisi Siasat, ianya bukan sekadar permiantaan biasa dari UMNO tetapi lebih merupakan ‘amaran manja’ dari UMNO kepada Kerajaan Keluarga Malaysia untuk melaksanakannya dengan segera tanpa berdolak dalih.

Sekiranya tidak diikuti atau diberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, Kerajaan Keluarga Malaysia berhadapan risiko mengalami nasib yang sama dengan Kerajaan Perikatan Nasional.

Ianya bukan ugutan tetapi ‘amaran manja’, ibarat cubit-cubit sayang, namun dengan cubitan yang sangat berbisa!!!

Share

Leave a Reply