Lebih 100,00 dibawa keluar dari Afghanistan - EDISI SIASAT

Lebih 100,00 dibawa keluar dari Afghanistan

Read Time:2 Minute, 34 Second
Gambar menunjukkan pemindahan orang ramai dari Afghanistan oleh pasukan tentera Perancis tiba di pangkalan udara Al Dhafra, dekat Abu Dhabi, sebelum menyambung penerbangan ke lapangan terbang Roissy Charles-de-Gaulle di utara Paris. - Foto AFP
Gambar menunjukkan pemindahan orang ramai dari Afghanistan oleh pasukan tentera Perancis tiba di pangkalan udara Al Dhafra, dekat Abu Dhabi, sebelum menyambung penerbangan ke lapangan terbang Roissy Charles-de-Gaulle di utara Paris. – Foto AFP

WASHINGTON: Lebih 100,000 orang dipindahkan dari Afghanistan sejak 14 Ogos lalu selepas Taliban kembali menakluk negara itu, kata Rumah Putih, semalam.

“Sejak 14 Ogos, Amerika Syarikat (AS) memindahkan dan memudahkan misi bagi membawa keluar sekitar 100,100 orang penduduk.

“Pengumuman ini dibuat dengan mengambil kira tarikh akhir pengunduran tentera AS dan bagi negara Barat lain menamatkan misi memindahkan rakyat Afghanistan, iaitu 31 Ogos ini.

“Secara keseluruhan, dianggarkan 7,500 penduduk dipindahkan dari Kabul dalam tempoh 12 jam semalam,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ia hasil 14 penerbangan tentera yang memindahkan 5,100 penduduk dan 39 penerbangan gabungan membawa 2,400 orang.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Daesh mengaku melakukan dua serangan pengebom berani mati di luar lapangan terbang di Kabul mengakibatkan sekurang-kurangnya 85 maut termasuk 13 anggota tentera AS dan ratusan cedera.

Dalam pada itu, Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace, hari ini memberitahu perancangan untuk menamatkan misi pemindahan keluar rakyat Afghanistan dalam masa beberapa jam saja lagi.

“Kami akan meneruskan proses memindahkan kira-kira 1,000 penduduk yang kini berada di lapangan terbang.

“Kami juga akan mencari jalan untuk mendapatkan beberapa individu dalam kelompok yang sedang bersesak.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan, proses pemindahan ini sudah ditutup dan ia akan berakhir beberapa jam lagi,” katanya kepada Sky News.

Di Perancis, Perdana Menterinya, Jean Castex, semalam berkata operasi perpindahan akan berakhir hari ini.

bagaimanapun, Presidennya, Emmanuel Macron, kemudian berkata ratusan warga Afghanistan, yang sebahagiannya berada di dalam bas terletak di luar kawasan lapangan terbang, masih perlu dipindahkan.

Menteri Perancis untuk Hal Ehwal Eropah, Clement Beaune, berkata operasi itu mungkin dilanjutkan tetapi ia mesti dibuat secara berhati-hati supaya serangan pengganas tidak menghalang operasi pemindahan

“Kami akan meneruskan misi ini sehingga detik terakhir, namun bukan semua rakyat Afghanistan yang berisiko dan ingin meninggalkan negara itu boleh melakukannya.

“Adakah bermakna semua orang yang bekerja di Afghanistan untuk Eropah dan sekutunya dapat meninggalkan lapangan terbang ini? Tanpa ragu jawapannya ialah , tidak,” katanya kepada stesen radio Europe 1.

Sweden turut mengumumkan akan menamatkan pemindahan warganya dari Afghanistan selepas membawa pulang lebih 1,100 orang.

Menteri Luar Sweden, Ann Linde, berkata mereka yang dipindahkan termasuk kakitangan kedutaan dan keluarga mereka, kakitangan keselamatan warga tempatan dan keluarhga, kakitangan ketenteraan serta 500 warga Sweden.

Kumpulan yang dipindahkan itu turut merangkumi aktivis hak wanita, wartawan dan kaitangan Kesatuan Eropah (EU). – AFP


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


16 terkorban dalam kebakaran di Pakistan

Share

Leave a Reply