'Kita serah kepada menteri baharu' - Finas - EDISI SIASAT

‘Kita serah kepada menteri baharu’ – Finas

Read Time:1 Minute, 46 Second

'Kita serah kepada menteri baharu' - Finas

Kuala Lumpur: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid menyerahkan segala keputusan mengenai sebarang rombakan dalam Finas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang baru dilantik.

Zakaria ketika dihubungi berkata, dia tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tiada komen mengenai perkara itu. Kita serahkan kepada menteri baharu untuk putuskan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London menyarankan agar hala tuju Finas diperkemaskan dan dirombak semula.

“Kepimpinan Finas harus dirombak dengan meletakkan orang-orang yang lebih berkebolehan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, manakala Ketua Pegawai Eksekutif perlu dikembalikan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik dari Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan golongan karyawan dan penggiat seni menyambut baik pelantikan Annuar dan timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang diharapkan mampu menangani pelbagai isu terutamanya nasib mereka pada situasi pandemik Covid-19.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri, semalam.

Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


'Kita serah kepada menteri baharu' - Finas


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Share

Leave a Reply