Indonesia mahu giatkan program inokulasi - EDISI SIASAT

Indonesia mahu giatkan program inokulasi

Read Time:2 Minute, 20 Second

Indonesia mahu giatkan program inokulasi

JAKARTA: Indonesia mempergiatkan program inokulasi kebangsaan dengan menyasarkan 50 juta dos suntikan sebulan mulai September ini.

Bagaimanapun, ketidakseimbangan yang luas dalam pengedaran vaksin di seluruh kepulauan besar itu menjadi halangan utama.

Sehingga kini, 57.7 peratus penduduk di ibu kotanya, Jakarta, sudah lengkap divaksin.

Bagaimanapun, cuma 7.38 peratus penduduk di wilayah Lampung di selatan Sumatera menerima dua dos vaksin, yang juga kadar vaksinasi terendah dicatatkan di seluruh Indonesia.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, menggalakkan pemimpin wilayah untuk mengagihkan bekalan stok vaksin yang ada di seluruh bandar dan daerah bagi mempertingkatkan vaksinasi, bukannya menyimpan stok sedia ada.

Beliau turut memberi jaminan bahawa negara itu akan menerima stok yang mencukupi dengan sekitar 80 juta dos dijangka sampai pada bulan depan.

Indonesia menjangkakan 19.5 juta dos akan tiba daripada pembekal luar minggu ini dan tambahan 13 juta dos pada minggu depan.

“Kami tentu akan mengagihkan jumlah vaksin yang agak banyak pada minggu ini dan minggu depan.


Artikel Menarik :


Justeru, kami memohon pentadbiran wilayah membantu mengagihkan vaksin dengan lancar di destinasi tertentu di bandar dan daerah,” katanya.

Indonesia mencapai jumlah pemberian vaksinasi melepasi 50 juta dos buat julung kalinya pada awal Julai lalu, 25 minggu selepas program vaksinasi kebangsaannya dilancarkan pada pertengahan Januari.

Sebanyak 50 juta dos lagi perlu diberikan menjelang penghujung bulan ini iaitu cuma lapan minggu daripada sasaran pertama.

Tambah Sadikin, jumlah pemberian vaksin ini akan terus meningkat kepada 50 juta dos pada bulan depan.

“Jika ia mengambil masa empat minggu atau sebulan bagi 50 juta dos, kami perlu menawarkan 1.3 juta hingga 1.4 juta dos setiap hari.

“Jika dalam tempoh empat bulan akan datang kita mampu mencapai 50 juta dos pemberian vaksin setiap bulan, kita mampu mencapai 300 juta dos pada hujung tahun ini, iaitu sekitar 70 peratus daripada sasaran.

“Jika kita mampu melepasi 300 juta dos pemberian vaksin hujung tahun ini, ia sudah cukup baik,” katanya.

Indonesia dengan jumlah penduduk keempat terbesar di dunia berusaha memberikan suntikan vaksinasi kepada 208.3 juta penduduknya atau 77.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk menjelang Januari tahun depan.

Menurut Kementerian Kesihatan, Indonesia membekalkan sebanyak 92.8 juta dos vaksin semalam.

Ketika ini, jumlah individu yang lengkap divaksinas adalah 33.4 juta iaitu 16 peratus daripada keseluruhan penduduk yang disasarkan. – AGENSI


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Tindakbalas Amerika Ke Atas Taliban, Afghanistan Berhadapan Krisis Kesihatan Dan Ekonomi

 

Share

Leave a Reply