Foto Zul Ariffin di sisi Ebt Lew raih perhatian warganet, sejuk mata memandang - EDISI SIASAT

Foto Zul Ariffin di sisi Ebt Lew raih perhatian warganet, sejuk mata memandang

Read Time:2 Minute, 6 Second

PELAKON Zul Ariffin baru-baru ini meluahkan terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi video tersebut, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 34, turut menitiskan air mata ketika bercerita tentang kehidupan serta perasaannya kepada pengikut Instagramnya.

Foto Zul Ariffin di sisi Ebt Lew raih perhatian warganet, sejuk mata memandang

Susulan itu, akhir-akhir ini perkongsiannya meraih perhatian warga maya. Terbaru, beliau berkongsi sekeping foto bersama pendakwah terkenal Ebit Lew ke laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, Zul tidak berkongsi lanjut mengenai pertemuan mereka. Cuma meluahkan kesyukuran.

“Alhamdulillah, semalam sangat hebat,” tulis Zul pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, warga maya meluahkan kesyukuran dan teruja melihat pertemuan dua bintang itu.

“Syukur Alhamdulillah..,Sejuk mata memandang.”

“Alhamdulillah syukur aamiin.. Sejuk hati bila dapat berkawan dengan orang yang membesarkn. ALLAH SWT.”

“Masya-ALLAH Tabarakallah, sejuk mata hati memandang.”

“Alhamdulillah.. Semoga boss @zul_ariffin dan ustaz @ebitlew sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.”

“Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat buat keduanya. Insya-ALLAH.”

“Sejuk sekali mata memandang, semoga istiqamah…”

a man sitting in a car

Sementara itu, Ebit Lew juga berkongsi foto beliau bersama Zul dan aktor Norman Hakim dalam hantaran di Instagram.

Katanya, beliau bersyukur bertemu ditemukan dengan rakan yang baik dan berjuang kerana ALLAH.

“Ramai sahabat baik yang dikasihi demi ummah. Terharu dengan sifat dan akhlak mereka. Baik sangat. Allahuakbar.

“Meneruskan misi demi ummah sampai mati. Karte karte marna he. Marte marte karna he. Berjuang bermati-matian. Berjuang sehingga mati. Hanya dengan kematian kita akan jumpa ALLAH.

“Cukuplah ALLAH sayang. Reda ALLAH itulah segalanya. Dialah ALLAH Raja dan Pemilik segalanya. InsyaAllah azam @zul_ariffin @normanhakim_786.

Zul Ariffin mula berkecimpung dalam bidang seni sebagai seorang pelakon dan model pada 2008.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih kepada watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan Gerak Khas.

a couple of people that are talking to each other

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3.

Aktor berbakat ini juga pernah dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki menerusi lakonannya dalam filem Penanggal pada Festival Filem Malaysia ke-26.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


ISU ‘SONGLAP’ WANG – ANDI BERNADEE MAKLUM ‘SUSPEK’ JUGA PENGURUS ARTIS

 

Share

Leave a Reply