Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!! - EDISI SIASAT

Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!

Read Time:50 Second

Tahniah diucapkan kepeda selebriti tanah air, yang juga merupakan isteri kepada Fattah Amin, Nur Fazura, atas kejayaan beliau meraih pendapatan RM2.6 juta hanya dalam masa 2 jam dengan penjualan Tudung Fazura secara atas talian.

“Assalamualaikum”.

“Syukur alhamdulillah, kesemua koleksi Merdeka Tudung Fazura telah pun habis dijual”.

“Dengan rendah hati kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih uat anda semua yang kami kasihi   🙏🤍”, ciap beliau di dalam Instagram @tudungfazura.

Jumlah tudung yang terjual adalah sebanyak 80000 helai dan meraih pendapatan anggaran RM2.16.

Setiap satu tudung dijual dengan harga serendah RM27 sahaja.

Ketika ditanya mengapa dijual dengan harga RM27, Fazura memberitahu:

“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli”.

“Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi”.

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu”.

“Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya”.

“Mereka dah banyak hilang mata pencarian”.

“Macam-macam dugaan yang mereka hadapi”.

Tahniah skuad Edisi Siasat ucapkan kepada Fazura.

Share

Leave a Reply