Setepek Bang Non Bagi Pada Pak Long Mael - EDISI SIASAT

Setepek Bang Non Bagi Pada Pak Long Mael

Read Time:3 Minute, 4 Second

Antara alasan yang diberikan oleh Ismail Sabri waktu menyanggah ketetapan parti UMNO dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya semua Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap mantan Perdana Menteri ke 8, Mahiaddin Md Yasin dan Kerajaan Perikatan Nasional, ialah kononnya sekiranya UMNO menarik sokongan maka Anwar dan DAP akan menguasai semula Putrajaya.

Dan tentu kita masih ingat lagi, bagaimana ada pihak di dalam UMNO sendiri, sengaja cuba membesar-besarkan isu rakaman audio perbualan talipon antara Presiden UMNO dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Naratif yang cuba ditanamkan ialah Presiden UMNO sendiri telah khianat kepada ketetapan perwakilan PAU 2020 dengan bertindak bersendirian untuk menjalankan kerjasama politik dengan Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, mantan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa, selepas beliau dipecat dari jawatan tersebut, telah membuat sidang media.

Dalam sidang media tersebut, Annuar Musa mendakwa kononnya Presiden UMNO telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai presiden untuk menulis surat sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Anwar Ibrahim secara en bloc kepada SPB YDP Agong.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Selepas itu, segala-galanya menjadi jelas apabila segala tindakan sama ada di pihak Presiden UMNO mahu pun di pihak yang menuduh beliau, telah membuktikan bahawa kenyataannya adalah berlawanan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Presiden UMNO.

Kemuncak dari perbalahan itu ialah apabila Presiden UMNO mengeluarkan arahan supaya semua MP UMNO menarik balik sokongan kepada Mahiaddin dan juga Kerajaan Perikatan Nasional.

Walau pun dendangan lagu Presiden UMNO sendiri yang mengkhianati parti sudah pudar iramanya, tetapi puak pengkhianat yang digelar sebagai geng pengkhianat 22 sudah mencipta irama baru yang dinamakan kami bertanding bukan atas tiket UMNO tetapi atas tiket Barisan Nasional dan tiada ketetapan Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk menari sokongan terhadap Mahiaddin dan Perikatan Nasional.

Edisi Siasat tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana bagi kami, geng pengkhianat 22 seharusnya sedar, walau pun mereka  bertanding atas tiket Barisan Nasional, namun ianya adalah atas restu kepimpinan UMNO dan usaha keras akar umbi UMNO yang telah membawa mereka ke Parlimen.

Namun, apabila Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, atas alasan menghormati titah dan nasihat SPB YDP Agong, maka Ismail Sabri telah menjemput Anwar, Lim Guan Eng dan Mat Sabu ke Putrajaya.

Bagi kami di Edisi Siasat, tidak salah untuk Ismail Sabri berbincang dengan dengan wakil dari pembangkang untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai penyelesaian masalah yang sedang rakyat dan negara sedang hadapi.

Tapi persoalannya, apakah keperluan untuk menandatangani surat perjanjian, apakah itu secara tersiratnya bermaksud ‘Confident & Support Agreement’ (CSA) sudah ditandatangani antara Ismail Sabri dengan Anwar dan DAP.

Pasti ada terma dan syarat yang tersembunyi selain dari yang telah diumumkan, kerana tidak mungkin Anwar dan DAP boleh bersetuju untuk berkerjasama tanpa membawa sebarang keuntungan kepada pihak mereka.

Jadi tidak hairanlah bila Anwar berikan sindiran pedas kepada Ismail Sabri.

Terdengar pula khabar angin yang mengatakan bahawa majoriti geng pengkhianat 22 akan mendapat tempat di dalam kabinet beliau.

Dan sekiranya benar geng pengkhianat 22 akan mendapat tempat dalam kerajaan Ismail Sabri, dan mengikut kenyataan media yang ditandatangani bersama selepas pertemuan antara Ismail Sabri dengan semua ketua parti pembangkang, akan ada kerjasama erat antara kerajaan dan pembangkang selepas ini.

Dalam keadaan begini, apa pula pendirian geng pengkhianat 22?

Di manakah ketegasan yang sering mereka laungkan selama ini NO ANWAR dan NO DAP?

Gerakan Tidak Mahu Fikir Pasal Jawatan Menteri, Ada Orang Nak Bagikah…😂😂😂

Share

Leave a Reply